Anak 2 tahun susah cakap

Anak saya dh masuk 2 tahun 3 bulan. Tapi tak pandai cakap sangat. Nak susu pun tak nak sebut. Dia tak panggil saya ibu kalau nak sesuatu, dia akan tarik tangan je. Anak saya speach delay ke? Apa patut saya lakukan? Mohon tips dan cadangan

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai, saya speech therapist. Pertama, kita kene tahu apa normal development untuk speech and language anak2. Paling mudah adalah anak boleh sebut: 1 tahun: 1 patah perkataan (contoh: nak, susu) 2 tahun: 2 patah perkataan (contoh: nak susu, susu lagi) 3 tahun: 3 patah perkataan (contoh: nak susu lagi) etc. Kedua, kita kene tahu kalau delay or lambat tu, selambat mana kita boleh terima. Jawapannya adalah lambat 6 bulan dari umur anak, contoh anak puan umur 2 tahun 3 bulan, at least dah boleh cakap 1 patah perkataan yang banyak, bukan ada 2 atau 3 patah perkataan sahaja. Jawapan kepada soalan puan, berdasarkan info yang puan bagi, anak puan mungkin Speech and language delay. Cara anak puan berkomunikasi sekarang banyak guna gesture seperti tarik tangan sebab dia takde perkataan lagi. Kita tak dapat kenal pasti jika anak puan ada masalah lain berdasarkan info puan sahaja. Cadangan saya: 1. Hantar ke doktor untuk minta refer ke terapis yang sepatutnya. Tapi kalau kerajaan mungkin akan ambil masa sehingga setahun untuk jumpa terapis. 2. Pergi ke hospital swasta atau pusat terapi swasta untuk jumpa terapis lebih cepat. Harap membantu, terima kasih!

Đọc thêm

Anak yang berusia 2 tahun 3 bulan dan mengalami kesukaran dalam pertuturan mungkin memerlukan bantuan tambahan untuk perkembangan pertuturan mereka. Sebagai langkah-langkah yang boleh diambil: 1. Bercakap secara berterusan dengan anak dalam bahasa yang ringkas dan jelas. 2. Berikan anak peluang untuk bertutur dengan memberi respons dan memberi pujian setiap kali mereka cuba berinteraksi. 3. Gunakan gambar, mainan, dan aktiviti yang melibatkan pertuturan untuk menggalakkan komunikasi. 4. Bertemu dengan pakar pertuturan atau pakar kanak-kanak untuk penilaian tambahan sekiranya perlu. Selain itu, adalah penting untuk memahami setiap perkembangan anak adalah berbeza, tetapi jika anda bimbang dengan kelewatan pertuturan anak anda, adalah baik untuk mendapatkan nasihat profesional. Jangan ragu untuk berhubung dengan pakar kanak-kanak untuk penilaian tambahan. Semoga perkembangan pertuturan anak anda berjalan lancar. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

Speech delay ke? Jwpnnya ya. Anak sepatutnya ada 1 perkataan bermakna sekurangnya by umur setahun setengah. Cara dia panggil dgn tarik tangan tu mcm gaya anak Autism. Maaf bukan niat nk menakutkan atau apa, sy cuma berharap puan dpt segerakan rawatan dia supaya x kisah samada dia mmg Autistik atau tak, tp dia dpt banyuan dgn kadar segera. FYI anak sy Autism dan sy join byk komuniti ni. Most of them share the same traits. Tak perlu malu x perlu denial. Skung ni fikir nk rawat anak je. Apa org nk kata, apa status dia xyah fikir. Apa Tindakan susulan? -hantar dia ke terapi pertuturan cth Aisyah Kassim Academy. Selain berterusan bercakap, ajar dia basic pertuturan. -Ajar dia sign language yg betul cthnya cara tunjuk suppose cmana, cara melambai tangan, angguk dan geleng. -Perbanyakkan permainan melibatkan sensori terutama sekitar area mulut.. -Boleh usaha utk rawatan urutan saraf diluar

Đọc thêm

saya mmg takde pengalaman ada pon baru nak lahir. cuma saya ada spupu. smpai usia 3 tahun pon xboleh nak bercakap. mak , kakak ayah smua jenis cakap byk.. cuma si anak tahu cakap ibu (bu) yg lain isyarat je. rifer hospital, kk smua dah. pendek cita. dlm msa brapa bulan dr sruh rifer pakar . dia boleh bercakap trus. ringin mulutnya. becakap xstop plk smpai xlarat plk nk mendengar. tapi ada la pelat cikit 😂 last2 xjadi jmpa pakar mak dia kata 😅

Đọc thêm

Refer doc sis. Masa checkup anak 2y dah boleh inform doc anak masih belum bercakap. Anak sy doc refer therapist masa 2y sebab belum ada 1 word pun. Saya usaha juga masukkan anak dalam playschool. Ransang sensory dia selalu ajak anak main messy play. Alhamdulillah anak sy sekarang 3y6m dah petah bercakap boleh ajak bersembang dah. Therapist pun dah discharge.

Đọc thêm

sis kena refer paed. kalau anak sis masih check up dekat kk, sis boleh inform dekat nurse utk set appointment dengan doktor. sambil² tu sis kena rajin dan banyak bercakap dengan anak walaupun anak tak respond. rajin² dan selalu urut pipi anak buat bulatan nak bagi rangsangan. biasanya yg speech delay ni kurang rangsangan dalam mulut.

Đọc thêm

kalau panggil ayah/abah nya ada tak dengar? sebab ibu/umi ni suku kata susah sikit budak nak sebut sama mcm anak saya lebih senang panggil babah/mama/air/nenek etc.. panggil umi tak dengar lagi tapi yg lain2 dah lancar so bagi saya mungkin suku kata tu dia susah nak catchup

Bawak anak refer KK, jumpa doctor. Nanti doktor akan check, jgn in deniel lama sngt sis, lg awal tahu, lg cpt boleh bantu. Sementara nak tggu, sis boleh follow mana2 speech terapi utk buat apa2 aktiviti kat rumah. Ada teknik2 nak ajar anak bercakap.

ye speech delay .. anak sy walau pn 1 thun lebih dh ad word masuk 2 thun word tu semua hilang .. dan dkter bgthu ank sy speech delay.. wktu prgi check up kk bgthu nurse masalah yg anak hadapi. dia akn refer dkter, dkter akn refer terapi

6mo trước

mase umo 1 thun tu x la sampai gabung ayat .. anak 1 thun belum mampu gabung ayat. perkembangan percakapan dia normal sesuai dgn ank2 umo 1 thun.. 1 tahun belum blh smbung ayat tp blh menyebut 1 perkataan contoh kakak,abang,nak mcm tu la .. bile masuk 2y dia dh x berckp dia cume tarik tngan kite je bile dia nk pnggil kite seblm pdhal seblm tu dia dh blh sebut panggilan tu .

Anak sy 2 thun 7 bln... Words x bnyk... refer fisio... 4 kli follow up fisio... Alhamdulillah... Fisio ckp xde apa2... Skrng dh 3 thun lbih... Dh bnyk ckp dh...