Susu dan anak
Anak saya dah 7 bulan, dia makan macam biasa. Susu badan, pagi saya bekalkan susu perahan pada pengasuh. Pengasuh ada mengatakan baby dah kurang minum susu. Selalu 4 oz satu botol tak habis pun. Banyak buat main je susu dia. Susu direct badan malam dia minum sahaja. Nak kata puting susu. Pengasuh kata dia minum puting okay sahaja. Dia suka minum pakai cawan ke? Dia nampak semangat kalau minum air dalam cawan? Tapi dia belum betul2 pandai. Runsing dah saya. Jarak antara makan dan minum susu pun jauh. Nak kata kenyang tak mungkin. Takut berat dia drop atau naik tak banyak.