Kisah TTC
alhamdulillah. rasa seronok tak terkata bila akhirnya UPT naik double line. last nampak double line hampir 2 tahun yang lepas. lepas tu tengok UPT dengan kekecewaan dan kehampaan.. pernah komited sikit buat OPK utk 1 cycle je. jumpa waktu subur tapi tak berjaya conceive. lepas daripada tu tak gigih dah nak buat sebab selalu lupa.. then lalui hari2 yang mendatang dengan takde apa2 perasaan dah. sedih sehari masa period dtg lepas tu dah buat mcm biasa. taknak sedih beria kan.. nak kata putus asa. bukan lah 100% putus asa. kami masih berusaha setiap bulan sebab period sy mmg teratur. tapi kadang malas nak berharap walaupun berharap lah jugak sikit.. bulan ni mcm biasa malas nak berharap. dapat merentas negeri sy balik rumah mak sorang sebab suami kerja. saje teman mak sebab ayah baru meninggal. mmg tkde harap apa2. pergi sana sini dengan mak.. tiba time period pada CD26 tggu period mai tak datang jugak. tggu je smpai CD29. ikutkan paling lambat sy pernah dtg period pada CD ke 29 lah. tapi kalini rasa berdebar lain mcm2. rasa mcm pregnant ke tak ke.. selalu setiap bulan mimpi period mai and 2 3 hari lepas tu mmg period mai. kalini eh mimpi UPT double line. harapnya betul lah double line haha.. ingat nak tggu smpai CD31 baru test tapi hati rasa membuak2. bila pagi2 rasa lapar tk mcm selalu tapi tklah seteruk dulu masa dah 6 7 minggu.. nak test UPT tak bawak balik rumah mak. so terpaksa singgah Watson beli UPT 2 bijik. balik2 terus cek.. alhamdulillah naik double line agak pekat. taktau nak rasa mcm mana. gembira tapi takut pun ada. masih trauma dengan pengalaman keguguran yang lepas.. harap rakan2 kat sini dapat doakan sy dan baby selamat sehingga dilahirkan ye. takut jugak nak menunggu waktu utk scan. takut sangat. doakan sy ya....