Hai sis. I feel you. Dulu masa saya gugur, semua orang kata cepat lekat balek ni. Tapi tak pun. Lebih setahun jugak baru lekat semula. Sis jangan stress yea, btw saya selalu pujuk diri saya bercakap n berdoa pada Allah. Ya Allah kurniakan aku n suamiku rezeki zuriat, jika dengan adanya rezeki zuriat menambahkan lagi ketakwaanku padaMu maka Engkau kurniakanlah. Jika tidak, maka aku redha Ya Allah. Saya selalu cakap & doa camtu, lepas solat 5 waktu takpun masa tengah tengok anak anak orang lain. Bila saya buat camtu, lama lama jadi redha. Saya faham, Allah ada perancangan terbaik saya dan suami. Saya usaha jugak dengan beberapa kali berurut dengan makcik yang berbeza. Alhamdulillah jumpa 1 makcik yang serasi dengan dea. Saya usaha dengan berpuasa, eat healthy. Folic acid tak pernah tinggal, masa baby dance saya enjoy je dengan suami tak fikir anak. Kurangkan junk food, fast food n so on. Sis sabar yea. Selagi mana ada rahim, selagi tu kita boleh mengandung inshaAllah. Sekurang kurangnya sis tahu sis boleh mengandung. Lagi satu tips, selepas waktu subur, saya akan kurangkan pergerakan lasak lasak contoh turun tangga pun slow slow. Jalan pun tak laju buat sementara waktu sebelum sampai waktu period. Sebab setahu saya masa baby mula membentuk, dea sangat halus seperti sebesar biji bijan gitu. Semoga ada rezeki sis dan suami satu hari nt. Saya doakan.
Đọc thêm