Ajar anak utk train minum susu formula di kampung

Hi semua, ada tak yang boleh kongsikan pengalaman hantar anak kurang lebih 10 bulan di kampung untuk train minum susu formula? Saya akan bekerja mulai tahun hadapan. Jadi nak hantar pada pengasuh untuk jaga bila saya dh start bekerja nnti. Anyways sebelum tu, buat pengetahuan ibu ayah Baby saya hanya bf sahaja and tolak minum dari botol and tolak susu fm. Pacifier pun tidak. So saya dan suami decided untuk hantar baby tinggal di kampung untuk train susu fm terlebih dahulu sebelum saya mula masuk kerja balik and hantar pada pengasuh. Tapi apa yang saya risaukan adalah waktu malam sbb baby kerap jaga untuk menyusu badan. So ada tak parents yang buat benda yang sama mcm kami? Berapa lama baby akan boleh adapt dgn situasi baru (tinggal di kampung with atok nenek without ibu ayah) If waktu tidur malam macam mana ya dgn keadaan baby if dia bangun and demand utk susu and cari puting ibu? Saya risaukan baby tapi kena juga kuatkan hati untuk kebaikan di masa hadapan. Pls ibu ayah minta sesiapa ada pengalaman share mcm mana ibu ayah handle situasi ni and berapa lama ambil masa utk baby dah boleh mula nak terima minum susu fm? 🥲 terima kasih semua

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời