Gaji atau Kerjaya

Agak lari topik tapi saya nak minta pendapat mummy2 yg lain. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan suami kalau boleh tak nak saya bekerja sampailah anak dah besar sikit nanti. Semalam, suami dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat automotif. Suami berminat dengan tawaran tersebut di atas faktor cuti jatuh sabtu ahad, dan public holiday semua cuti. Bukan itu sahaja, dia juga dapat kembangkan kerjaya di satu peringkat yang lain. Benefit company ni bagi saya banyak, sebab nanti suami dapat lebih banyak masa untuk luangkan bersama keluarga dan dia dapat ceburi kerjaya yang dia suka. Cuma gaji yang ditawarkan rm2500, selepas 3 bulan ada kenaikan rm300. Company yang suami bekerja sekarang, tawarkan pada suami rm4000 atas kerana sebolehnya tidak mahu suami resign. Tetapi, company ni, suami cuma dapat cuti satu hari iaitu hari isnin sahaja dan selalunya suami balik kerja lambat. Kedai tutup pukul 7, tetapi nak tunggu closing dan sebagainya, pukul 8-8.30pm baru suami keluar dari kedai. Ada juga hari yang suami balik lambat sampai pukul 9 malam namun tak dibayar ot. Apa pendapat mummy2 sekalian ya?

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kalau saya, bukan sng dpt offer rm4k. Kalau tanpa contract, proceed je dulu utk 6-12bulan. Nnt cari job lain, boleh ltk dlm resume atau bg slip gaji latest kita tertulis rm4k, so boleh demand gaji antara tu utk job baru. RM4k pun, boleh buat saving utk anak masuk playsch/pre-sch 2-3thn lg. Lgpun husb kerja sesorang kan. Mesti banyak persediaan dan planning nak dilakukan utk future your family. Tp utk side ni wife kena banyak sabar dan faham. Husb pulak kena bijak merancang. Sbb saya sendiri ada pengalaman kerja 6hari seminggu. Setiap cuti mingguan mmg saya rasa nak spend masa duduk rumah je, ada cuti tahunan sy plan utk berjalan. Tp mmg tk best lah since dua dua bekerja, no time to each other. Situasi puan maybe beza, sorang sentiasa di rumah, sorang bekerja. So masa akan ada jugak dirumah. Now saya fully surirumah with biz, dan husb fulltime kerja. So walaupun busy dgn biz, saya dpt relate still got time with partner dgn family since sy beroperasi dari rumah je instead of dua dua fulltime kerja, mmg siang tk jumpa dah, mlm kena settle hal rumah. So bila wife surirumah, plan utk siang settle hal rumah, mlm spend masa dgn anak dan husb tanpa kisahkan hal rumah(masak/mencuci/mengemas/etc)

Đọc thêm
2y trước

Part ni pun kalau boleh wife kena independent cth pandai bawak kereta, so banyak urusan dpt settle tanpa penglibatan suami. Dan make sure pada hari husb cuti, wife dah kosongkan jadual harian tugasan rumah. Let say husb ajak jalan2, terus kita boleh bergerak tanpa perlu time tu nak fikir nak gosok baju husb lah, nak basuh baju family, nak mengemas, plan buat hari lain time husb kerja.

bg pendapat sy pilih kerjaya baru sis.. gaji mgkin awl2 skit, lme2 dye akn naik.. lg pon bnyak benefits yg sis n suami dpat.. kdg2 dlm bekerja pon perlu juga masa utk ank isteri.. suami sis pon dpat rehat lebih bnyak berbanding skrang ni.. yela kan, klau fikir kerja ni mmg xkan pernah habis.. tp rasa as long as gaji 2500 tu mmpu utk tggung keprluan sis its ok. lg pon bersederhana itu lebih bagus❤️ nnti klau gaji dh naik boleh la adjust balik perbelanjaan sis... semoga dipermudahkan segala urusan sis ye..

Đọc thêm

Kalau bg sy dgn ekonomi skrg, bkn senang nak dpt kerja gaji rm4k. Mcm suami sy gaji RM2500 Cuti sabtu ahad tp tetap tak cukup. Sbb komitment keta lg, sewa rumah, tmbh bila ada anak lg byk nak pakai duit. Bila anak da mkin besar lg byk pkai duit sis. Rm4k Cuti sehari sgt memadai. Bila husb sis mtk Cuti utk bercuti pun blh je spend masa dgn fmly kadangkala. Itu pendapat sy la.

Đọc thêm

Better yg 2500 lah kot bg sy.. drp ribu riban tapi mase yilekk dgn anak bini.. kje cuti sehari ni pyh kalo tiber anak2 x sihat ke ape ke.. public holiday pun tak cuti kan.. pyh2.. kalo kje yg gaji 2500 tu byk mase, blh buat side income lain if takde ape2 anak bini sihat kat umah.. tu pendapat sy laa..

Đọc thêm
2y trước

Klu sy pn stuju part ne.. Sbb ada kenaikan gaji lg.. Hidup bersederhana lbh baik dpda duit bnyak2 tp xda masa untuk anak dan bini lg2 hujung minggu.. 😢

Pendapat saya if gaji yang baru ni mampu tanggung segala komitmen yang ada, why not teruskan. Kalau gaji yang baru ni tak mampu tanggung komitmen yang sedia ada, kena fikir masak-masak.

2y trước

so far bagi saya, sebelum ditawarkan gaji rm4000, gaji suami rm2400. Alhamdulillah cukup buat kami. tapi hidup secara sederhana. 😊 jadi saya dan suami buntu. tak tahu pilihan yg mna tepat.