Perlu buat buku pink
Hi, ada yang tahu usia kandungan berapa minggu bole buat buku pink ye ? Dan perlu buat di klinik kesihatan atau klinik swasta ?
Kalau macam tempat sy 4 minggu dah boleh buat buku pink. Kk(kerajaan). Tapi sesetengah tempat memg terima bila kandungan 8 minggu keatas. Untuk buku pink di klinik kerajaan atau swasta tu terpulang pada sis. Boleh je mana². Tapi,, kalau klinik kerajaan tu dari segi pemeriksaan lebih detail dan jelas rekod mengenai kesihatan ibu dan kandungan. Kalau swasta, pemeriksaannya tak selengkap dan sedetail klinik kerajaan la. Kalau buka buku di swasta, nak bersalin hospital kerajaan, support je takda masalah yang penting ada buku rekod kehamilan. Dokumen perlu bawa untuk buka buku pink: 1. Salinan IC 2. Salinan sijil perkahwinan 3. Bawa UPT dan gambar scan. Jika ada buat scan. Kalau takda pun takpa.
Đọc thêmklinik kesihatan boleh, klinik swasta pun boleh . untuk buku pink , kalau klinik kesihatan, ikut kawasan. ada tempat yang kena tggu 12w baru boleh buka buku , ada yang 8w , ada yang 5 w dah boleh. try je gi kk , tanya macam mana nak buat buku pink, nanti dorang terangkan apa yang perlu dibawa untuk buka buku. kalau buku pink kat swasta, saya tak sure, rasanya 4w pun dah boleh buat buku
Đọc thêm