8 Các câu trả lời
Itu bukan high need. Sekarang anak dalam fasa separation anxiety. Anak saya lepas pantang sampai umur 3 bulan high need. Skrg dia dalam fasa yg saya sebutkan tadi. Dia dah 5 bulan. Dia sentiasa nak dgn ibunya sahaja. Begitulah anak saya. Even abahnya yang mendukung tetap lah mata tak lepas memandang saya, padahal bapaknya tengah sibuk mengagah. Kalau terjaga dpd tidur dan bukan saya di sebelah, mungkin abah atau neneknya, meraung la setaman boleh dengar. Memang kena sabar. Org org yang dulu dpt dukung dia masa sebulan dua bulan, sekarang mereka agah pun dia dah nangis. Muka duk sorok dkt dada saya aje walaupun dia budak fully fm 😂 saya pergi kencing dkt rumah pun dia dah melalak lagikan pergi fitting room masa shopping raya. Dia tiba2 cemas padahal dalam stroller and ada abahnya tengah menolak. Sabar ya ibu2. Masa ini la anak kita nak kita sangat, dah besar dah sibuk nak berkawan dah 🥲
mcm anak saya 😅 mmg dari kecik suka nangis2..nak tdokan dia kena psg bunyi hairdryer..pastu kalau kena time nak beralih bulan tu..hmm mmg kna bnyk2 bersabar la . anak sy skrg 10 bulan..kurg la sikit nangis..tp pantang sy ke tmpt lain nangis dia..mcm kena dera.. x tau la boleh hilang ke tak high need ni..tapi klau baby sy, sy perasan lepas dia start makan kurg da nak nangis2..bg dia pegang makanan..tp masuk 7-8 bulan dtg pulak anxiety separation dia..asyk nak dgn ibu je..dgn ayah pun x nak..klau org lain nak amek kena pastikan amek bwk terus x nmpk muka ibu..pastu x tau la petua ke ape..mak sy suruh mandikan air kolah masjid 7x..tapi anak sy sempat 3 kali je..nmpk la kurg nangis2 dia tu..
High need untuk baby 1-3 bulan je. Anak saya high need masa dia NB. Cabaran betul sebab dia banyk menangis and berjaga daripada tidur. Sekarang pun ada jugak ragam dia tpi tak se mencabar masa dia umur 1-3 bulan. Masa tu hanya Tuhan je yng tahu. Lagi lagi suami saya bwak lorry, tak balik rumh and saya bekerja, balik kerja layan anak, tinggal pun berdua je. Fuhhh. Sekarang anak saya dah 4 bulan 17 hari. Rasa tenang sikit
mcm anak sye la 4 bln jgak.. dlu ok je skg mcm2 ragam dye.. x nak letak, nak bdukung bg dye bdiri or duduk.. klu penat, letak kt swing chair tp sekejap je la.. x pun sye bkak tv, sye lari jap peg toilet ke msk ke.. kelam kabut jgak dgn tdo siang skejap2.. keje umah sye wat mlm sbb hsband ade bley tlg tgkkn.. siang msk je la tu pun 1 lauk je.. buat mne yg sempat je, x bley nak perfect mcm dlu..
Same je dgn anak sy, cuma bila sy penat, sy letak je, biar je dia nangis, yg penting dia kenyang, nanti dia tertidur sendiri. Sy belajar dari nurse kat hospital, diaorg biar je baby nangis, pastu nanti baby tido sendiri. Skrg anak sy dah biasa dah. Nangis bila nak susu atau berak. Kalau dia bangun tido, letak je kat bawah (atas toto) , dia ok je tgk orang buat kerja.
Sama baby sya pun 4bulan lbih sikit. Skrg semua kna dukung. Dengan hsbnd kejap saja terus nangis. Kadang i ter rotan juga tangan dia kalau i da over penat. Mandi waktu tgh hari pun kdang tak dapab. Nangis dia mcm i tak bagi susu sehari 🥹. Hope bila besar sikit tak mcm nie . Da la baby berat 7kg++ sakit badan dan tangan lenguh
Terima kasih semua bgi pendapat & share pengalaman. sy baca semua komen korang🥰
Mcm bb sy 4buln lbih ni. Bb nngis kuat2,aku pun ikut nngis skli😂😂