Tulang kemaluan sakit ya amatt!!

Ada tak mommies yg sakit bahagian tulang kemaluan tu.. kadang nak berjalan tu Allahu .. bila angkat sebelah Kali pun sakittnya . Macam mana nak kurangkan sakit dekat situ ada tak mommies yg ada pengalaman?? #seriusnanya #pleasehelp #ingintahu #bantusharing

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Pelvic Girdle Pain (PGP) - nak jalan pun azab ! Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan - tu yang sakit depan dan belakang. 1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul. Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu ( proses kelahiran ) Bila sakit tu datang ? 🖐Jalan pada permukaan tak rata 🖐Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta 🖐Naik tangga, nak pakai seluar atau kain - berdiri sebelah kaki 🖐Masa buat hubungan kelamin Tips nak kurangkan sakit : 🙌Kena aktif, dalam masa yg sama kena dapatkan rehat secukupnya 🙌Sentiasa tukar posisi - jgn duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi. 🙌Nak pakai kain atau seluar - duduk dan pakai. Jangan berdiri 🙌 Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki 🙌Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat 🙌 Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat 🙌 Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan JANGAN 🛑 🤚jangan Angkat benda-benda berat 🤚Jangan Naik dan turun tangga terlampau kerap 🤚Jangan kerap membongkok 🤚Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang 🤚Jangan Duduk bersilang kaki dan bertimpuh Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi. Yg penting Kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian mcm biasa. Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform Misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yg berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak. Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya. Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan ) Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dgn PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti. Jangan ditanya nape ibu mengandung ni berjalan macam penguin. https://www.facebook.com/share/p/74hUtxv8rxG7TCB7/?mibextid=xjs6Zz

Đọc thêm
12mo trước

Allahu thank you

Normal tu,sy tanya nurse,doktor diaorg kata mmg normal..sy pun sakit dekat situ, nurse tempat sy ajar duduk bersila tapak kaki bertemu,dah try buat lagi sakit rasanya..doktor kata pun mmg normal,ada yg sakit dua² belah,sy sakit bahagian kiri,mmg bisa rasanya bukan sakit lagi dah 😅

12mo trước

saya kadang nak ambil air sembahyang tu nak berdiri sebelah Kaki sakit sangat2

Saya sedang alami sekarang, 33week, time tidur nak tukar posisi kiri @ kanan sakit betul, kadang susah nak jalan, tapi kadang2 ok pulak, tapi paling sakitnya sebelah kanan, risau juga.

7mo trước

it's normal .. sakit bila nak angkat sebelah kaki kan? now baby saya dah 2month . semoga awak dipermudahkan segala urusan*sending hugs

Sama .. sye tengah alami skrg..sakit sangat2 nak melangkah pun..

12mo trước

awak berapa week dah?

Sis tengah pregnant atau sudah bersalin??

12mo trước

tengah pregnant sis , kenapa tu

sy sdang mengalami.. sakit sgt..

12mo trước

sis berapa week dah sekarang ??