Suami alahan ketika isteri mengandung?
Hi, ada tak mommies dekat sini yg suaminya alami perkara yg sama macam saya ? Seharian melepek je tak berdaya nak buat apa apa, lemah, letih dan tak bertenaga. 2miinggu lepas saya demam panas, mingu lepas suami saya pulak yg demam + batuk + selsema. Pastu demam elok, tiba-tiba dia jadi melepek pulak. Dah pergi kerja, call saya minta jemput di tempat kerja sebab tak larat katanya. Dah ke klinik 3 kali, sampai doct pun pening apa sebenarnya penyakit suami 😂 Normal ke ye sebab anak 1st dulu kami dedua takda alahan. Ni anak kedua, 1st trimester sy yg alahan, ni dah masuk trimester kedua (16weeks) sy dah takda alahan mabuk mengandung, tapi suami pulak yg macam orang alahan 😂 Logik ke hadapi alahan lagi 😅 #SeriusTanya #ingintahu