Bersalin di Hospital Putrajaya

Ada ke yang baru baru ni selamat melahirkan anak di HPJ? Due date saya lmbt lg, hujung bln 12 insyaAllah tp sbb saya risau dgn kes semakin tinggi ni, saya call hospital bertanyakan tentang procedure bersalin. Setakat ni walk-in diterima kalau ada katil kosong saja, tp selalunya mereka tolak ke swasta sbb utamakan kes COVID. Jadi saya nak tau ada ke yg rasa ditolak ke swasta, atau semua diterima utk bersalin kt HPJ? Mereka advise saya untuk ada backup plan ke swasta terus, sbb tak boleh jamin keadaan masa bln 12 mcm mana. Risaunya 😔

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hpj dh full kalau nk bersalin as Full Paying Patient sampai tahun depan. saya pn plan nk gi kt HPJ tu sbb dkt dgn rumah. tp sbb full, saya plih hukm je :)

3y trước

ya. fpp dh tutup sbb dh full sampai tahun dpn. walk in sy x pasti.

Super Mom

Samalah saya, walaupun due saya lambat lagi bulan 3 tahun depan, tapi cemas, tak tahu nak bersalin dkt mana