2 Các câu trả lời

boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. awak boleh follow page fb doctor kalau nak tmbh ilmu. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Bayi yang lebih muda ada lebih vernix dari baby yang sudah overdue sebab kulit bayi yang lebih matang tidak membuat banyak vernix. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

TapFluencer

bukan buatan orang tapi seolah krim tapi semuljadi yang mmg kluar dari perut

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan