Macam ruam

23&24/9 demam panas kat kepala panas sangat, jadi saya basahkan kepala anak dengan air. Isnin tu bangun dah tak demam tapi masih tak bermaya. Saya pergi lah kerja macam biasa, balik kerja saya tengok dah macam ni. Mak saya kata mula nampak jam 3ptg. Selama ni tak pernah kene apa² ruam atau alergik. Malam tidur pakai aircond, tapi tetap berpeluh. Cuma malam tadi je lah. Hari sebelum² ni ok je. Minum susu pun kurang, saya risau je. Ada lagi yang merisaukan saya. Pagi tadi anak saya terjaga jam 6 - 7 am menangis tanpa henti. Pukul 7 tu dia dah penat nangis baru dia tidur. Itu pun atas perut saya. Apa perlu saya buat 😭 anak first tak pernah kene macam ni.

Macam ruam
 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời