minum air gula pertama kali
12w2d, saya baru leps minum air gula kat kk area rumah saya. Mula2 nervous plus tekak masih ada rasa loya sebab semalam saya baru lepas muntah teruk - kesan ubat zincofer 😭 and Alhamdulillah di KK tempat saya bila minum air gula rasa dia tak teruk pun, rasa macam air f&n warna hijau cuma ni clear & tak bergas. air nya tak pekat likat macam stok air gula pandan yg kita buat kat rumah tu. bagi saya sedap, cuma dalam kuantiti segelas tu bila minum one shot mmg tekak rasa perit sikit. Selepas tu saya bilas dengan air kosong sikit sahaja. Alhamdulillah tak muntah. Nurse kata result pada next appointment tapi jika bacaan abnormal mereka akan call kita utk inform.. Insya Allah harap2 result baik2 sahaja.. Siapa mommies minum air gula 1st time ok tak korang??