Doaku pada Mu ya Allah..
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan hambaMu ini dengan diriMu maka makbulkan ya Allah.. Sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan Engkau lebih memandang hambaMu ini ya Allah, maka kurniakanlah.. Sekiranya dengan mempunyai zuriat membuatkan ibadah hambaMu ini lebih bertambah dan solat hambaMu ini lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan pada hambaMu ini ya Allah.. Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagi hambaMu ini.