Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

assalammualaikum dr. wan khairina apakah simptom permulaan bayi terkena jangkitan itu dengan simpton yang berisiko terkena jangkitan rotavirus ni kepada bayi dan ada tip2 untuk kita sebagai ibubapa bagi mencegah atau mengubati penyakit tersebut terima kasih

Đọc thêm
3y trước

Waalaikumussalam puan Bayi juga berisiko mendapat jangkitan Rotavirus. Simptom awal adalah sama seperti kanak-kanak, iaitu muntah, cirit-birit dan demam. Kadar dehidrasi kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke bawah adalah lebih tinggi, oleh itu memerlukan pantauan yang lebih dari ibu bapa. Sekiranya bayi lemah, kurang air mata dan kurang kencing, ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi dan perlu dibawa ke hospital. Tanda-tanda lain ialah mata menjadi cengkung dan ubun-ubun melekuk ke dalam. Sekiranya bayi aktif dan tiada simptom yang dinyatakan, puan perlu meneruskan susu, dan boleh juga meneruskan makan bagi yang telah yang telah memulakan complementary food. Bayi perlu terus dipantau terutamanya sekiranya masih mengalami muntah dan cirit birit.

Super Mom

assalam selamat malam doktor. . benar kah rota virus senang di jangkiti pde ank kecil yg lain. ?dan rotavirus ny mmg perlu admit wad atau hanya mdpt rawatan di klinik shaja. ? harap doktr dapt menjwab soalan saya. .🤗. .terima kasih doktor

Đọc thêm
3y trước

Waalaikumussalam puan, Benar kanak-kanak kecil lebih senang dijangkiti oleh cirit birit, dan jangkitan Rotavirus kebanyakannya telah pernah dihidapi oleh kita semua semasa kecil. Rawatan bergantung kepada samada kanak-kanak mengalami dehidrasi dan tidak boleh minum/makan atau masih boleh dipantau di rumah. Sekiranya simptom tidak serius, bolehlah dirawat dirumah serta meneruskan makan dan minum seperti biasa

Super Mom

assalam dokter, saya nak tanya.. bagaimana seorang kanak2 boleh terkena jangkitan RotaVirus dan bagaimana cara untuk merawat nya? Terus berjumpa dokter untuk mendapatkan rawatan or ada cara lain yang ibu bapa boleh buat trlebih dahulu?

3y trước

waalaikumussalam puan kanak-kanak boleh terkena jangkitan Rotavirus melalui pencemaran najis pada persekitaran atau tangan penjaga. Tiada ubat yang spesifik untuk merawat Rotavirus kecuali merawat simptom seperti demam, meneruskan pemberian susu/minuman dan makanan untuk mengelakkan dehidrasi. Sekiranya anak berterusan muntah dan cirit birit serta mempunyai simptom dehidrasi(lemah, kurang air mata, kurang kencing atau cengkung bebola mata), perlu dibawa berjumpa dengan doktor walaupun mungkin simptom baru bermula sehari. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak mengalami simptom yang teruk, terutamanya sekiranya anak berumur bawah setahun. Rawatan lain seperti Smecta/Hidrasec atau probiotics mungkin diberikan oleh doktor tetapi bukan untuk menghentikan cirit birit tetapi mungkin boleh mengurangkan tempoh jangkitan dan mengurangkan dehidrasi. Kanak-kanak yang tidak dapat minum dan mengalami dehidrasi mungkin perlu dimasukkan cecair melalui intravena.

Influencer của TAP

Salam Dr Wan Khairina, Apakah cara untuk mengelakkan keberangkalian untuk anak dijangkiti rotavirus? Disebabkan sekarang musim banjir, langkah yang perlu diambil untuk ibu bapa jika anak mereka mengalami simptom rotavirus?

Đọc thêm
3y trước

Sekiranya anak-anak mengalami jangkitan semasa banjir, ia boleh disebabkan oleh berbagai jenis kuman, termasuk bakteria. Cara yang utama ialah mengelakkan dehidrasi, iaitu meneruskan pemberian makan dan minum walaupun anak mengalami muntah. Segera dapatkan bantuan sekiranya anak lemah dan mempunyai simptom dehidrasi seperti kurang air mata atau kencing.

Assalamuaikum dokter.apa punca cirit birit?adekah kemungkinan mak cirit ,ank Pon cirit jika menyusu?faktor cirit selain makanan?adkah sekiranya mak positive covid,anak akan cirit?adakah mak covid bole susukan anak?

3y trước

Waalaikumussalam puan cirit birit boleh disebabkan oleh banyak faktor, dan jangkitan kuman adalh sebab yang paling biasa dikalangan kanak-kanak. jangkitan jarang tersebar melalui susu ibu, tetapi sekiranya puan mengalami cirit birit, anak mungkin dijangkiti melalui sentuhan. Sekiranya puan dijangkiti COVID, puan perlu diasingkan dari anak. Anak puan berisiko mendapat jangkitan COVID melalui close contact dengan puan. Menyusukan bayi yang baru lahir oleh ibu yang dijangkiti COVID tetap dicadangkan oleh WHO dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga oleh ibu, iaitu memakai mask, membasuh tangan dan mengekalkan jarak yang selamat kecuali semasa menyusu sahaja. Perlu diingatkan jangkitan COVID 19 juga boleh mempunyai simptom cirit birit.

Salam doktor, boleh tak anak sy umur 4 tahun utk ambil vaksin rotavirus? Kalau tak boleh, ada tak cara untuk elak@kurangkan effect rotavirus pf anak sy?

3y trước

Rotavirus vaksin cuma boleh diberikan kepada bayi berumur 8 bulan ke bawah sahaja buat masa ini. Dos pertama perlu diberikan sebelum bayi berusia 4bulan. Oleh itu, langkah pencegahan lain seperti kebersihan persekitaran, diri, kerap mencuci tangan boleh dilakukan

Hi Dr. Wan, kalau anak saya jangkit Rotavirus, apakah ibu bapa perlu buat? Bagaimana untuk tahu kalau cirit birit itu serius dan kena bawa ke hospital?

3y trước

waalaikumussalam kanak-kanak boleh terkena jangkitan Rotavirus melalui pencemaran najis pada persekitaran atau tangan penjaga. Tiada ubat yang spesifik untuk merawat Rotavirus kecuali merawat simptom seperti demam, meneruskan pemberian susu/minuman dan makanan untuk mengelakkan dehidrasi. Sekiranya anak berterusan muntah dan cirit birit serta mempunyai simptom dehidrasi(lemah, kurang air mata, kurang kencing atau cengkung bebola mata), perlu dibawa berjumpa dengan doktor walaupun mungkin simptom baru bermula sehari. Ini adalah kerana sesetengah kanak-kanak mengalami simptom yang teruk, terutamanya sekiranya anak berumur bawah setahun. Rawatan lain seperti Smecta/Hidrasec atau probiotics mungkin diberikan oleh doktor tetapi bukan untuk menghentikan cirit birit tetapi mungkin boleh mengurangkan tempoh jangkitan dan mengurangkan dehidrasi. Kanak-kanak yang tidak dapat minum dan mengalami dehidrasi mungkin perlu dimasukkan cecair melalui intravena.

Chuyên gia

Hi Dr bagaimana nak bezakan cirit birit yang disebabkan oleh rota virus dan cirit birit disebabkan oleh keracunan makanan?

3y trước

Thank you Dr

Hi Dr, protection vaksin Rotavirus boleh tahan berapa lama? Kalau dah dapat vaksin, masih boleh kena penyakit Rotavirus?

3y trước

Hi, protection untuk completed vaccination can reach 80-95% in preventing the infection. Vaksin tersebut tidak perlu diulangi selepas complete vaksinasi. Masih ada risiko jangkitan walaupun telah mendapat vaksin tetapi selalunya jangkitan tersebut kurang serius.

Hi Dr. Wan, nak tanya, orang dewasa boleh kena penyakit rotavirus tak? Sebab tak pernah ambik vaksin bila baby dulu?

3y trước

Hi, Ya orang dewasa boleh mendapat jangkitan Rotavirus tetapi kurang serius berbanding dengan kanak-kanak yang mendapat jangkitan ini buat kali pertama. ini adalah kerana kebanyakan kita telah dijangkiti semasa kanak-kanak