Bleh ke cerelac baby yg beras shj tu cmpur dgn sup telur?
Hi sy nk tnye sbb sy first mom. Ank sy dia 9 bulan tp tkde tmbuh gigi lagi sebatang pun takde so dia tkpndai nak telan, kalau sy bgi cerelac beras tu cmpur dgn sup telur saya buat boleh ke?? Ke kena blender nasi dgn sup telur jadi lembik? #SeriusTanya #bantujawab
takde kaitan gigi dgn menelan. fungsi gigi utk bantu kunyah makann bg senang cerna. sbb tu mknn baby ni lembut yg boleh picit slow guna dua jari tp mudah hancur. semua dr bubur cair ke pekat, dr lembut ke kasar semua tu perlukan latihan. kalau mak serve finger food je dr anak 6m, takde gigi pn blh settle mknn tu, kalau diberi bubur hancur lumat je 2tahun gigi penuh mulut pn tk boleh handle mknn pejal mcm kita mkn tu. btw menjawab soalan, dr guna cerelec berganda lebih baik laa guna real food beras biasa je sis, murah dan lagi sihat.
Đọc thêmSentiasa opt to real food mommy. Walaupun anak takde gigi tapi gusi anak kuat untuk mengunyah. Umur 9 bulan dah boleh tukar tekstur lembik untuk anak. Bagi anak nasi lembik dan sup telur tu. Nak masak nasi jadi lembik tu lebihkan air masa tanak. Nak blend nasi dengan dengan sup telur tu pun boleh. Tapi jangan blend halus sampai jadi puree. Blend separuh kasar pun dah boleh. I strongly suggest you follow - FB Happy Baby Food - IG Dr Amalina Mohd Daud - Solid Starts Untuk belajar ilmu pemakanan anak.
Đọc thêmSebaiknya bgi beras biasa atau klu nk cpt, ada RTE yg mmg beras kosong je tinggal tmbah air, xde campuran lain2. Fhm je sbb kdg ada keadaan yg mmg x sempat kn cuma Cerelac ni manis sgt2. Bab texture mknan tu ikut anak masing2, klu blm pndai mengunyah bgi msa ank utk practice xde mslah. Mungkin xyah blender, lenyekkn dgn sudu je dlu. Klu blender cm cair sgt jd air
Đọc thêm9 bulan dah kena makan nasi butir. Baby kunyah guna gusi, bukan gigi. Lambat intro nasi butir nanti bg masalah kt tumbesaran anak. Anak saya 7m dah train makan nasi butir sebab paed suruh. 9m dah takde issue choking & all
blh try bg nasi lembik. buat nasi goreng pun ok. jgn risau ank xtjmbuh gigi lgi sbb gusi anak kuat. bykkan research menu baby , bersepah je dkt tiktok
Đọc thêmx pandai nak telan? sblum2 nie anak mkn mcm mne?