Janin kecil 2 minggu semasa T1

Hi semua, saya baru trimester pertama. nak tnya normal ke bila ultrasound ( scan abdomen shj) di KK doktor kata janin kecik 2 minggu. tapi 3 minggu sebelum tu saya ada scan di hospital (TVS scan) doktor ukur saiz sama dgn minggu tarikh dari hari pertama saya period. normal ke? apa solusinya ya? harap mommies di sini boleh bantu. terima kasih.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Oh, jangan risau sangat dulu ya, sebab abdominal scan di trimester pertama memang kadang-kadang kurang tepat berbanding TVS scan, dan ukuran yang berbeza sikit antara dua klinik yang berbeza pun boleh berlaku. Tapi memandangkan ada perbezaan 2 minggu tu, mungkin baik juga kalau minta doktor buat TVS scan sekali lagi untuk ukur dengan lebih tepat, just to be sure. Semoga semuanya baik-baik saja, take care ya!

Đọc thêm