Berpuasa Ramadhan

Hi semua. Saya ada 2 hari lagi untuk ganti puasa dan nanti bulan 3 ramadhan kandungan masuk 5 bulan. Jadi soalan saya untuk mommies yg berpengalaman, macam mana mommy berpuasa tahan lapar? Sekarang saya jenis yang lansung tak boleh lapar. Kalau lapar confirm muntah keluar angin, pening kepala atau jadi alah air liur. Nak mintak tips mcam mana nak berpuasa kalau alah macam saya ni? 🥲

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya pun mmg jenis gastric dari sebelum pregnant lagi. masa pregnant makin teruk awal trimester. tapi dgn makanan yg betul saya boleh puasa ganti habis dan puasa penuh ramadhan lepas. sahur kena pastikan makanan tinggi khasiat. banyakkan protein, buah dan sayuran. overnight oats pun boleh cuba. malam sebelum tidur, carik kurma rendam dalam susu dan sahur tu kacau dan minum. ni wajib sbb mmg ni la yg bagi tenaga sampai berbuka. rendam 3-5 biji kurma. makanan masa berbuka pun penting juga. jgn terus ambil yg pedas/masam/bersusu sebab gastric kan. mulakan makan dgn sikit dulu. setengah jam lepas tu baru sambung lagi makan. jgn ambil terlalu banyak manisan/kuih muih bergula. nak kena reserve perut utk benda yg berkhasiat supaya kekal bertenaga. ambil gula tambahan akan jadi lagi lemau

Đọc thêm
11mo trước

ikut badan. saya pun tak boleh first trimester sbb muntah tak berhenti setiap hari. dah masuk 15w baru ok. so 16w baru start ganti