Minum air masak
Sebelum ni saya dah pernah tanya tapi masih tak dapat jawapan sekarang ni saya nak tanya lagi, baby saya dah nak masuk 11 bulan tapi ya Allah liatnya nak bg minum air masak. Saya selalu offer tapi selalu tolak. Sekarang dia dah ada skill baru iaitu minum tapi tak telan. Ya dia simpan dalam mulut je pastu dia buang. Kalau saya buat jus laju ya minum habis. Saya pening nak ajar anak saya minum air putih. Mcm mcm dah saya buat saya tunjuk saya minum dalam gelas supaya dia ikut tapi tak jugak. Oh ya benda ni dari umur dia 6 bulan ya berlarutan sampai sekarang. Dulu mcm mcm trick saya ajar supaya dia minum tapi sekarang semua trick tu dh tak menjadi agaknya sebab dia tahu dah apa yg dia tak suka. Saya buntulah.. tolonglah sesiapa ada situasi mcm saya ni. Baby baby ibu semua senang ke minum air?