Sorokkan kehamilan, hebahkan kelahiran

Hi, saya taktahu nak cerita dengan ibu hamil mana yg faham perasaan ni. Saya pregnant alhamdulilah dah 5bulan. Saya hanya beritahu parents sahaja. Adik beradik tak bagitahu. Sbb saya tahu ada yg suka kecoh bagi2 tahu org lain yg mana saya tak suka sebab saya taknak org dengki atau sebagainya. Sbb pregnancy lepas saya bagitahu seawal 5weeks dan saya lost di 9weeks. Tapi skrg, saya rasa ada yang betray saya, ada kakak saya macam dah tahu. Dan saya takut sangat dia share dengan orang yg saya taknak dia tahu tu. Saya doa dkt Allah saya percaya hati manusia kita semua Allah pegang. Saya rasa terancam bila macamni. Malam tidur mimpi tak baik. Sedih je bila bangun. Nak buat kerja pun rasa tak sedap hati. Ada tak sama dengan saya? saya macam down, sedih lepastu macam dah tak percaya sesiapa. Sbb dorang semua macam tak faham perasaan saya kenapa saya nak rahsia apa semua walhal saya dah bagitahu sebabnya. Normal ke saya macamni? Ke saya overthink overact je sedihlaaa mummyyyyy #sedih #down

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Inshaallah tak de pape jadi. Sis kena cakap terus terang yang sis tak nak hebohkan dulu. Jangan jadi macam saya sis. Mak mertua sendiri yang hebohkan kat sedara mara dia. Saya dah pesan awal2 jangan hebohkan tp baru sebulan pregnant dah heboh. Mak saya sendiri pulak sampai sekarang dah 6 bulan dirahsiakan dari adik beradik & sedara mara saya. Alhamdulillah mak saya sangat bagus simpan rahsia.. tapi kena banyak bertenang sis. Jgn pikir yg bukan2. Inshaallah dilindungi baby & sis sekali. Kadang bila kita overthinking ni boleh effect kat baby jugak. Semoga dipermudahkan urusan sis & baby sehingga beranak nanti ❤️

Đọc thêm
6mo trước

Terima kasih awak sebab balas post saya ni. Bermakna sangat bila ada yg faham. Sebab saya takde kawan utk cerita pasal ni since kawan2 pun takde yg tahu. Move forward, harini saya da tak fikir sangat dah kalau ada yg tak jaga amanah. Saya doa Allah lindungi saya dan baby saya je dari benda tak baik. Doakan saya ye. Saya bersangka baik jela sekarang, jenis2 mulut2 takleh zip ni geram pulak kita 😔 terima kasih sangat sebab bls. Kita nak marah pulak, orang tua kan. Jadi saya doa dekat Allah je😭 semoga semuanya baik2. InsyaAllah amin.

sis ada bgtau dieorg y sis x nak org luar tahu pasal peknen ni.bgatu y sis klau blh xnak hebahkan lg pasal kandungan utk jg kebaikkan diri sis n bb.x amanah seseorang tu klau dah d pesan tp masih bt jgk

5mo trước

Saya bagitahu dah macam ini amanah, saya nak lowkey je. Tapi apekan daya mulut org memang tak bole zip. Kecewa after kecewa……..