Sedih & kecewa anak tak kisah berjauhan dengan ibunya

Saya tahu benda ni perkara yang mengarut untuk rasa sedih. Tapi anak lelaki saya yang berusia 4 bulan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cemas & takut sama sekali bila ibu jauh darinya. Dah la anak pertama. Saya pula rasa benda ni buat saya kecewa. Sometimes nak juga dia clingy dengan saya. Dia boleh duduk rumah mertua tanpa saya padahal saya sentiasa bersama dia 24/7. Saya rasa macam tak diperlukan. Tambahan dengan kata2 dari mertua anak taknak dengan mama dia. Saya rasa mungkin dia tidak merasa bonding dengan saya- adakah saya melakukan sesuatu yang salah dalam menjaga anak? 😥

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Tidak perlu berasa bersalah atau merasa seperti anda melakukan sesuatu yang salah dalam menjaga anak anda. Adalah normal untuk merasa sedih atau kecewa ketika anak tidak reaksi atau clingy dengan ibu. Setiap anak mempunyai personaliti dan reaksi yang berbeza terhadap perubahan persekitaran. Anak anda mungkin merasa selesa dan selamat di rumah mertua walaupun anda tidak di sana. Ini mungkin menunjukkan bahawa dia beradaptasi dengan baik dengan orang lain. Ini bukan satu tanda bahawa dia tidak merasa bonding dengan anda. Usahakan untuk terus memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak anda. Berikan ruang dan masa untuk hubungan anda dengan anak berkembang. Anda juga boleh mencari cara untuk meningkatkan bonding dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak anda. Ingatlah, setiap ibu mempunyai cabaran sendiri dalam peranan mereka. Jangan ragu untuk mendapatkan sokongan dari pasangan, keluarga, atau ahli komuniti lain jika anda mengalami kesukaran. Semoga perkongsian ini membantu anda merasa lebih lega dan yakin dalam menjaga anak anda. https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

normal je sis. jgn overthinking. anak sy pon baru nak masuk 5bulan. kalau tggl g kerja bye2 dia xnangis pon dia tgk je. tp bila balik kerja tu nampak lah dia ngajok xnak layan kita sbb kita tinggal dia. its normal sis. anak belum kenal org. tp sebenarnye dia tahu tu mama dia. cuma sis kena selalu dgn dia. kalau nangis ke apa ke kalau boleh pujuk anak tu sndiri. mcm sy pon mmg kdg bg kat mak kalau anak nangis. tp mak sy akan bg balik dekat sy kalau anak tu xsenyap lagi. tak pon sy sendiri akan ambil anak dari mak sebab tgk kesian mak kita duk pujuk xjalan. last2 dgn sy juga dia senyap. biar anak tu terasa yg dia selesa dgn kita.

Đọc thêm

Hi, rasanya baby 4 months normal je lagi belum tunjukkan apa apa perasaan bila berjauhan dengan parents dia. Time will tell. Takda apa tu. My baby 4 months pun dia takda tunjuk rasa sedih bila kena tinggal dengan orang lain.

5mo trước

hi.. tq respon. xtau nak luahkan kat sape.. citer kat org takut kena judge. mom lain selalu cerita anak nak berkepit je taknak org lain.. kdg2 jeles sbb anak saya tak mcm tu..

Ank sy pon sama je 4 bulan xkesah pon dok ngn pengasuh sy lg suka dia x clingy senang nk wt kje nk g kje pe smua

5mo trước

entah la sis mgkin sbb anak sulung & ttc 3 tahun nak dapat baby.. umur pun dah 30 huhu.. terbawa perasaan dengan benda mcm ni

biasa 6 bulan nnti dia start kenal org. time tu boleh la sis balas dia x mau nenek dia lak 😆

5mo trước

ya sis terkilan rasa.. baby overtired skali hari tu jadi susah nak diamkan dia menangis.. mertua ckp "dia takmau mama dia tu. mai kat tok meh". masalah mertua dodoi pun x senyap juga.. menangis saya mlm tu sorang2 fikirkan kata2 tu, pedih menusuk hati 😥

xde apa lah awk. nanti bila smpai fasa separation anxiety...awk akn faham

5mo trước

yeke awak.. semua baby akan ada fasa tu ke, ank x clingy org kata mudah. tp dlm hati harap dia clingy sikit dgn ibu dia ni