Darah tinggi waktu berpantang

Saya sebelum mengandung tiada darah tinggi. Masa mengandung dah nak bersalin bp naik. Semasa berpantang bp masih tinggi. Sampai bila ya macam ni. Risau juga kalau darah tinggi ni tak hilang 😔 waktu berpantang memang letih sebab anak kuning dan hari hari check darah anak di klinik. Ada siapa² pengalaman macam saya ke. Bp masih tinggi waktu berpantang.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sy lepas pregnant dan berpantang bp selalu tinggi. tp bila nurse suruh rehat,bp normal balik. sampailah baru ni sy rasa tiba² pening sangat²,sy cepat2 ke klinik. bila check bp 177/98. sy rest,turun bacaan. doc monitor utk tengok bacaan bp setiap 2 hari sekali selama 2 minggu. tp doc tak bagi ubat sebab bila sy rest bacaan turun balik. jd doc assume sy ni letih sebab kena jaga 3 org anak termasuk baby. kena jaga makan dan tidur sis. bahaya kalau high bp ni. paling penting,sediakan alat check bp dirumah utk pemantauan kendiri. mcm sy,ada gdm sy inisiatif beli glucometer sendiri tanpa Dr suruh. lepas check bp tinggi sy beli alat check bp utk kegunaan seisi rumah.

Đọc thêm
1y trước

*back to normal