Apa pendapat jika ada ahli keluarga suap makanan yang bukan2 kat baby? (Eg. Coklat, jeruk, kek)

Saya rasa terkilan sgt, sebab saya beriya masak makanan anak tanpa letak garam dgn gula, tapi orang lain senang2 je suap macam2. Lepas tu bila ditegur nanti ckp anak jadi picky eater lepas tu menyusahkan orang lain #advicepls

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Pendapat saya, suami dan isteri perlu sama2 bekerjasama dalam hal ini. Both parents kena bertegas. Macam saya dan suami ambil pendekatan untuk tegur secara berhemah. Sebelum anak berusia 6 bulan lagi, saya dan suami dah pesan awal pada ahli keluarga yang makan minum anak kami akan jaga dan pantau. And of course ada sahaja kata2 yang 'korang dulu kecik okay je. Ma suap biskut, nestum, kek, coklat. Makan itu ini. Sihat je.' And so on. Tapi kami counter semula, 'dulu tak macam sekarang. Sekarang ilmu dah meluas dan bertambah. Sektor kesihatan pun dah bertambah maju. Orang dulu2 tak semua yang mampu pergi klinik atau hospital. Sekarang ni even dalam kg pun dah ada pusat kesihatan. Info2 ni dulu boleh dapat dalam klinik/hospital je. Zaman sekarang, mostly hospital/klinik accessible. Jadinya generasi sekarang lebih cakna. Nak2 sekarang zaman sosial media lagi mudah dan senang untuk dapatkan apa jua info. Soal panduan pemakanan baby pula, doktor akan sentiasa pesan setiap kali checkup, dalam bangunan hospital /klinik ada informasi pasal panduan pemakanan baby. Even dalam buku checkup baby pun dah ada. Kalau ma tanya kenapa orang lain bagi je anak2 dia makan macam2, takde pantang apa semua. Adik tak tahu. Kena tanya orang tu sendiri. Apa yang adik buat ni tak salah. Tapi adik tak kata orang lain yang bagi tu salah. Itu hak dia, cara dia besarkan anak dia. Adik cara adik. Pilihan masing2. Adik harap ma faham dan hormat keputusan adik. Bukannya adik bagi anak adik makanan tak sihat😅' hahaha sorry terpanjang pula. Lebih kurang macam tu la dialog kami dengan parents. Alhamdulillah sekarang anak dah 20 bulan. Masih lagi family akan tanya dan minta izin boleh ke anak makan itu ini. Apa yang saya cuba sampaikan, awak dan suami kena sama2 bertegas dan stand with your own principle. 😊

Đọc thêm
1y trước

Sama-sama. InshaAllah tak susah awak. Both parents saya dan in-laws, kami suami isteri yang terangkan baik2. Tapi bukan sekali tegur, terus faham. Berkali-kali juga😅Alhamdulillah, walaupun ambil masa untuk mereka terima tapi saya bersyukur sebab setiap kali atuk nenek nak suap, saya dan suami terus larang. Jadinya tak sempat masuk mulut anak la. Yang itu saya bersyukur.

aik picky eater then menyusahkan org lain? klu org ckp mcm tu dekat saya mmg sy sound setepek . klu manusia keliling kita ni jenis tak faham bahasa ,u bkn setakat kena tegur u kena take action. klu berada dekag dgn org yg fak faham bahasa jenis sukahati suap ank u merepek2 u makesure ank u depan mata jgn lepas. to me gila ke bg baby makan jeruk . ee kalau i mmg kena maki bertubi . haha sorry la sy kalau bab anak haaa silap la kalau nk memandai. kita yg mengandung beranak. dia ingat ank kucing ke

Đọc thêm
1y trước

saya dh tegur sis. now rasa risau nak tinggalkan anak kalau dh start kerja. 😭😭😭😭