BERAPA HARI BERPANTANG CZER?

saya nak tanya. korang yang bersalin secara czer dan bekerja, korang cuti 44 hari pastu masuk kerja balik atau 100 hari berpantang? atau ada mommies yang lepas je 44 hari (tidak bekerja), tapi dah start daily routine macam biasa? hantar anak gi sekolah , masak , menyiram pokok, beli barang dapur, drive kereta and etc. atau korang exactly ikut 100 hari berpantang tidak buat sebarang aktiviti berat/lasak? sy mohon pendapat dan pengalaman mommies semua. sebab sy berpentang tanpa gaji sedangkan sy ada kereta dan comiitment bulanan yg lain perlu di bayar. majikan saya tidak bayar gaji sepanjang berpantang dan jika sy perlukan duit gaji, sy prlu masuk kerja awal. 😅 dalam masa yg sama sy belum start bertungku dan berurut. satu sebab tkde duit nak bayar tukang urut. kedua sebab anak jaundice kerap ulang alik hosp dan klinik. nurse pun selalu datang rumah checkup anak. sukar nak atur waktu untuk mengurut. #firstbaby #pleasehelp

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya csect, pantang tak ikut hari pun. bila rasa badan dah sihat saya teruskan je rutin mcm biasa. estimate dalam 6 minggu tu dah ok. boleh jalan sana sini. siap balik kampung lagi lepas tu. cuma angkat berat tu tak sangat la. paling berat pun angkat baby kot 😂 cuti maternity saya pun 2 bulan je so lepas tu kerja macam biasa terus. anak pun dah setahun lebih, saya pun takde masalah kesihatan lain. boleh berlari, jalan 20k steps sehari

Đọc thêm