Effect selepas cucuk kancing gigi
Saya baru lepas kena cucuk kancing gigi / tetanus masa 22w tiga hari lepas. Lepas tu, ada perasan baby kurang aktif selepas cucuk tu. Ada siapa2 pernah kena sama kes dengan saya tak? Sebelum cucuk tu, ada laaa terasa jugak sikit2 macam bubble2 dekat perut ni kan. Sebab saya anterior placenta, memang agak susah nak detect pergerakan baby.

