Lemah selepas membuang
Saya ada soalan nak tanya kepada yang tahu. Kenapa ya selepas membuang air kecil atau air besar, saya akan rasa lemah, pening, kadang lapar dan kadang-kadang rasa sampai nak pitam. Itu membuatkan waktu malam sebelum tidur saya takkan pergi buang air kecil sebab saya risau waktu tidur saya terjaga sebab lapar. Sebelum solat pun kalau boleh saya tak buang air sebab risau takboleh berdiri/ pitam semasa solat. Kenapa ya sy jadi lemah selepas membuang?

