SOALAN KEPADA MOMMIES BERPENGALAMAN

saya ada soalan 1. lepas bersalin adakah kita akan terus ada susu badan dan boleh menyusu kan? -sekiranya tidak boleh apa patut buat? -standby susu jenama apa? 2. Adakah perlu pam susu selepas sahaja bay dah lahir / bila waktu untuk pam? pam apa yang terbaik, tak mahal sangat dan selesa? 3. bukan kah newborn perlu minum susu jumlah yang sedikit berapa oz tapi kena bagi tiap 2,3 jam? tak faham #bantujawab #firstmom #sharing #askmommies

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Baby lahir je, nurse dah lap2 dia, terus bg isap nen susu auto keluar, pam tak perlu klu dah bekerja nnt baru pam. Baby nangis/terjaga dari tidur baru bagi susu, klu dia tak mintak tak perlu. Ibu pun perlu berehat semasa dlm pantang. Ini yg susah sikit, jika baby masuk nicu atau terpisah dgn ibu atau tak dpt direct breastfeed mmg susu lambat keluar jgn susah hati, nurse akn bg susu hospital dulu guna cup tapi kena rajin jumpa baby n direct breastfeed supaya cepat pengeluaran susu tu baby dgn ibu pun kena belajar latching/lekapan yg betul supaya susu mudah keluar. Klu awk rajin nak pam juga ada risiko breast akn bengkak mmg sakit sbb susu banyak sgt/overflow n bocor, sedangkan baby baru lahir minum sikit je tiap2 kali, perutnya hanya sebesar buah ceri tapi dia sering minta sbb susu badan ni cepat hadam namun cepat kenyang bila minum berbeza sgt dgn formula. Baby suka isap lama2 bukan sbb dia lapar tp sbb dia nak tidur lena dan bau ibu tu dan isapan tu buat dia tenang itu kita panggil ngempeng.

Đọc thêm