Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sabar sis . insha ALLAH mesti semua okey je .

3y trước

Insha allah sis.

yakin pada tuhan .. berdoa sis🤲

3y trước

sis pandangan doctor hanya ikut kajian masih belajar sentiasa. Tapi lbh dari feedback doctor adalah allah. Berdoa byk yer. Moga sabar dan tabah

hba1c tu apa ye

3y trước

Hba1c sy sblm ni 11. Sblm ni bsp sy berbelas2. Sejak sy mngandung sy dpt insulin, gula sy terkawal 4-6 saja.