First time mother + breastfeeding
Salam semua harap semua boleh bantu. Anak saya baru usia sebulan kerap sangat tidur. Pastu menyusu pun sekejap sekejap. Kadang tu dia boleh tidur 2 jam / 3 jam. Menyusu 5mins sahaja pastu tidur. sambil menyusu baby akan nangis. Baby menyusu sekejap sekejap buatkan breast saya bengkak. Susu saya kalau pam 10min boleh dapat lebih kurang 4oz untuk kedua dua payudara. Saya risau baby tak cukup susu. Saya juga risau kalau baby terlebih susu. Mummy yang berpengalaman bf pernah tak alami situasi macam ni? Perlu ke saya risau? #firstmom #pleasehelp #firstbaby