Breastfeeding support
Salam hi, saya baru bersalin 19hb okt. Selepas checkup hari ketiga baby, berat turun mendadak dari berat masa dia lahir. Family and doktor suggest utk campur susu formula. Rasa berat hati masa nak campur susu formula, tapi sebab risaukan anak terpaksa campurkan juga. N sekarang walaupun susu badan tak banyak rasa nak cuba start df semula, nak stop susu formula. Tapi tiap kali bagi , family selalu cakap anak tak kenyang sebab susu tak bnyak,kena juga bagi susu formula. Rasa down sangat , org sekeliling tak support utk fully bf. Walaupun anak setakat ni, dia ok je direct feeding dengan hisap botol dalam masa masa. Cuma lepas direct feeding mesti dia menangis macam tak cukup susu, family terus suruh bancuh susu formula. Tiap kali jadi macam ni mesti rasa down sangat. Tak tahu nak luah dekat siapa. Rasa stress semua ada.