Jarak dekat
Salam. Just nak luah dan pandangan semua. Anak no 2 sy baru berusia 9 bulan. Sekarang baru tahu pregnant lagi ke3. Sungguh saya rasa susah utk terima kerana anak no 2 masih kecil. Setiap masa terfikir mesti menangis salahkan diri sendiri salahkan suami. Adakah kandungan ini berisiko kepada saya kepada jarak kandungan terlalu dekat? Harap rakan2 dapat beri sokongan dan kata positif kepada sy. Sy masih belum beritahu family/rakan tentang kandungan. Takut kata2 negatif yg keluar nanti buat sy lagi depress. Semoga diberi kekuatan utk saya hadapi fasa ini