Kandungan 7 minggu 4 hari
Salam momies . Nak tanya kalau ikutkan date last period saya harini dah 8 minggu 1 hari . Tapi bila scan tapi dr ckp delay 4 hari . Then just nampak kantung sahaja baby tak nampak langsung . Ada yang alami situasi macam saya ke ? Dr pesan scan selepas lagi 2 minggu 😭
Hii! saya last week (khamis) scan nampak kantung kosong juga. dr siap cakap baby tak jadi lagi. habis dah pasrah😅 then this week (selasa) pg klinik untuk amik sample darah. then scan lgi sekali dgn dr lain. terus nampak heartbeat ahahah dr kata bukan salah siapa2. mungkin baby lambat develop sikit. jadi, be positive & banyakkan berdoa🥰 time saya scan hari selasa tu, 7 weeks dr kata hehe & saya period irregular. so mmg kena depend kat scanning untuk tahu minggu
Đọc thêmSama la macam saya. Last 3 week saya pergi klinik untuk scan pengesahan berapa week saya pregnant. First scan ada kantung je, masih belum dapat ukur berapa week sebab masih kecil. Lepas 2 minggu doctor suruh datang scan lagi sekali. Alhamdulillah 3 hari lepas saya pergi scan dah nampak, doctor dah sah kan saya pregnant 7 weeks 2 days 😊
Đọc thêmsy pun same sis. . sabtu lepas (3 June 2023) sy sepatutnya da 8weeks 2 days. bila scan, just nmpk kantung 6 weeks 4 days. doc suh repeat scan lagi 2 minggu. hrap de la sinar harapan. doc cakap mgkin ovulation lmbt.
Sama macam saya, semalam pergi check ikutkan 8 week 1 hari, tapi doc cakap 7 week. dan dah ada heart beat. Alhamdulillah.. awak tunggu 1 week lagi ke insyaAllah ada
Sama macam Saya. kalau ikut tarikh period dah 9 week tapi doc scan kata baru 7 week. period inrigular. doc kata ada nampak tapi terlalu Kecik. doakan semoga baby Saya kuat yer
Tak ada rezeki Saya bersama baby. baby tunggu ibu kat syurga
Saya pun scan beza 2 minggu dengan tarikh first period. cumanya minggu 7 dah nampak baby & heartbeat. InsyaAllah puan kena positive
Hai mummy…hari ini sy scan pun npk kantung sja..hari ni sy 6 minggu 2 hari..Dr pun suruh dtg 2 minggu lagi
haa sama la dengan sy. kandungan dah 11 week tapi bila scan jadi 9 week.
Ada. Saya hari tu mcm tu juga doc cakap. So nnti 19june ni dtg cek balik.
Ibu anak dua. Surirumah sepenuh masa. Suka ketenangan pantai. Suka berkawan.