Camne nk bagi baby prem kuat menyusu? Dan utk dia nak menyusu dada.
Salam ibu2 yang pernah ada baby prem.. saya bersalin 35 minggu scra czer. Baby kena tahan kat SCN 2 hari dan semalam dah boleh keluar sekali dengan saya. Bila bawak dia balik, dia memang jenis tidur je dan takkan bangun utk menyusu. Saya kejutkan pun kadang tak bangun, menyusu sambil tidur dan tak minum lebih dari 1oz pun. Breastfeed memang dia taknak langsung so trpaksa bagi formula dgn botol. Macam mana ya nak bagi baby senang bangun dan nak menyusu? Saya cuba geletek tapak kaki, gosok belakang utk kasi bangun, tapi macam tak efektif. Kalau dia sejuk je dia nangis.. dan mcm mne jgk nk bgi dia nak breastfeeding... Puting sy tak timbul sgt dan susu pun x bnyk lgi. Letak kt baby dia x hisap😭