Nasi Tomato & Ayam kurma versi baby 10 bulan
Salam 4 syawal ! Masa malam raya hari tu terajin pulak masak lain sikit untuk anak dara. Selalunya nasi putih je. Kali ni try buat nasi tomato versi baby.. Selera sungguh dia makan. Anak makan, mama happy ? RESEPI NASI TOMATO AYAM KURMA & BROKOLI STIM (2x makan) Bahan bahan : *untuk nasi tomato* 1 biji baby tomato 2 sudu beras putih 1/2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 camca unsalted butter untuk menumis Air untuk tanak nasi . *bahan untuk ayam kurma* Isi ayam 1/2 ulas bawang merah @ bawang holland 1 ulas bawang putih Sedikit rempah bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis (rempah 3 sekawan) 1 camca rempah kurma 1/2 cawan air 2 sudu besar santan segar Brokoli Minyak untuk menumis Cara cara: Nasi tomato : 1. Basuh beras, tos air dan ketepikan. 2. Tumbuk lumat bawang putih, merah dan tomato. 3. Tumis bahan yang ditumbuk tadi menggunakan unsalted butter. Tumis sehingga pecah minyak @ sedikit kering. Tutup api. 4. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk bersama beras. Tambah air sukatan seperti masak nasi biasa. Tunggu sehingga nasi masak. 5. Sambil tu, boleh steam brokoli dan masak ayam kurma. Next, ayam kurma : 1. Tumis rempah 3 sekawan sehingga berbau. Masukkan bawang2 sehingga keperangan. 2. Masukkan rempah kurma, kacau slow dan agak kering, masukkan santan segar bersama air dan isi ayam. 3. Nak cepat, tutup periuk dengan penutup dan biar sehingga isi ayam masak dan mendidih. 4. Hidangkan bersama nasi tomato dan brokoli steam.