Resepi Potato viral

Resepi Potato Stick viral Sedap! Mommies pun boleh tumpang makan cicah sos cili. Hehe. Kentang 1 biji Daging Ayam Broccoli Daun Sup Baby Spinach Serbuk Ikan Bilis Cream Cheese 1 Sudu Tepung Jagung 2 Sudu Steam Kentang, Ayam, dan Broccoli. Lenyek kan kentang. Bahan lain dicincang halus. Masukkan semua bahan, gaul sebati. Jika adunan seakan berderai, boleh letak 2 - 3 sudu Full Cream Milk. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah Tepung Jagung. Bentukkan ikut kreativiti mommies. Pastikan adunan di kepal dengan padat semasa membentuk. Kalau tak nanti bila goreng, ianya akan pecah. Panaskan minyak, dan goreng hingga golden brown. Tips untuk goreng supaya tak serap minyak, panaskan minyak betul betul, guna api sederhana baru masukkan Potato Stick. Lepas tu selalu golekkan supaya masak atas bawah sekata. Tekstur Potato Stick ni rangup diluar, lembut di dalam. Sedap pula tu. Boleh dijadikan menu breakfast atau hi tea. Nak ajar baby mengunyah pun boleh cuba bagi Potato Stick ni, jadikan finger food sebab ianya lembut je. Juga boleh jadikan stok frozen. Goreng separuh masak, biarkan sejuk baru simpan dalam freezer. Senang, nanti nak makan, defrost dan goreng sekali lagi. #aybites #aydanyaaqubfoodjourney #8months

Resepi Potato viral
8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sedap.. Nnti try buat😘

Thành viên VIP

nmpak cm sdap je nk cuba laa

Super Mom

Nk try buat. Hehe

Nk cuba buat la

Thành viên VIP

❤❤❤

Thành viên VIP

Sedap

Thành viên VIP

😋

😋