Bagaimana saya mengatasi masalah nipple confuse
Pada beberapa minggu yang lepas saya mengalami masalah bayi nipple confuse. Tekanan dan keresahan membuatkan saya dalam keadaan tidak bertenang bagi memastikan bayi ingin menghisap payudara sendiri. Tanpa disangka setelah mencuba pelbagai cara didapati anak saya lebih selesa menggunakan teknik penyusuan cross cradle atau football hold. Sebelum ini saya hanya menyusu menggunakan teknik yg lama iaitu cradle hold. Sekarang bayi saya tiada masalah lepas menghisap botol dia boleh direct feeding. Sekadar perkongsian?