Berat badan naik
Nak tanya.. Macam mana nak kawal berat badan ye? Berat saya naik mendadak. Minum air gula first okay je. Tapi doktor suruh minum air gula kali kedua jugak. Next week kena pi klinik selang sehari check BP, urine test ngan berat. Ibu2 ada pengalaman tak?
nampaknya kita mengalami masalah yang sama puan 😂 , saya pun sekarang kena cek bp selang sehari dan urine test .. bp saya ok , urine pun ok takda masalah cuma berat je takleh nak kawal , dah ikut makan macam saranan doc pemakanan tapi taktau lah masih naik juga 😣 ada juga buat senaman sikit untuk keluarkan peluh , petang2 tu saya berjalan2 keluarkan peluh tapi masih tak turun2 haiss , yang saya pelik dulu anak sulung berat pun naik mendadak juga tapi takda pulak nak cek tekanan bp dan urine test bagai 😅 berat saya cecah 110kg masa melahirkan anak sulung pastu slow2 saya turunkan dari 110kg -89kg .. tup2 pregnant balik tahun 2022 daa tak jadi nak turunkan berat hahaa .. dugaan betul 🤣 misi siap pesan nanti lepas bersalin kena kaw2 la awak diet dia kata hahaha .. sabo je lah
Đọc thêmSaya anak sulung naik 20kg takde gdm. Anak kedua ni lepas 4 bulan tiap bulan naik 3kg, 7 mths minum air gula sangkut gdm. 2 weeks sebelum minum air gula sya dah start on keto diet dah, determine tak nak naik berat lagi, cari je recipe 'keto diet,' semua takde carbs, takde sugar. Banyakkan protein, fiber dan natural fats je sis, itu cara utk kawal berat. Elakkan makanan carbohydrate (bread, pasta, mee2, nasi (kalau boleh minimize), kuih muih, tepung2, kek2) dan manisan (apa2 saja minuman manis yg contain white sugar). Skrg sye dah masuk 29 weeks belum naik kg lagi. All the best sis👍👍
Đọc thêmJangan makan nasi selepas 8pm awk. siang pula makan nasi ikot timing. jangan amik nasi bersenduk senduk. amik satu senduk stengah je. pastu jangan minum air yg bersusu. banyakkan minum air masak. kalau selalu rsa lapar , beli la kudap2 mcm roti atau biskut. tp makan jgn smpai perut penuh 😅
Sama la dgn saya sis. 5 bulan aritu berat 73kg je, ni msk 6 month tba2 naik mendadak 77kg. Sy tkjut sgt, lagi la nurse trs bising 😂 Saya rasa sy xmakan pun banyak. Makan mcm biasa mcm sblm ni .. Mnum gula lgi utk kdua kalinya 😭😂😰
sy pon 24w berat naik 3.5 kg😅 nurse ade bgthu sebulan max naik 2kg je.. xbole lebih.. lagi dua minggu nurse sruh dtg balik....air gula kali kedua sy da minum... ghisau jgk ,, harap xminum air gula kali ke tiga😌
Sy anak 1st nak 23kg. 2x mnum air gula tak sangkut. Anak ke 2 faktor umur kot. Dah 6month, Baru naik 2kg,mnum air gula skali dah sangkut gdm on diet. Skang diet, makan nasi skali sehari je 😅, kurang kan gula.
Đọc thêmsaya berat naik mendadak . masa 28w nanti kena minum air gula kali ke 3 kalau berat masih naik berlebihan 🤦 now masih 25w . result yang first n second okay je walaupun berat naik mendadak
Saya pun sama, berat badan naik byk. Jom jadikan buah²an sebagai kudapan waktu lapar dan elak mkn pd tgh malam.
sebulan sy naik 4.5kg..skrg kwl kuantiti kabohidrate,gula,elak mknn bergoreng,fast food,.makanan manis2 smua ambil sikit2 je..skrg under control..dua mggu berat naik 1kg..
saya pun mcg tu dah nk 2 kli minum air gula ,,mula prnel tu 48kg sekarang 32w 58kg misi pun bising 🤭😊😊😊
next week pon Sy kena minum air gula psl sejarah keluarga mak ad kencing Manis.
Umi tunggu awak syg! ?