Keguguran 8w
nak tanya , ada cara ke nak bagi janin keluar sebelum tempoh 2 minggu . seram la nk kena cuci , harini dokter sahkan sy keguguran 😞 heartbeat baby dh tak ada . jadi klau ada ibu ibu yg ada pengalaman boleh share tak ? thankyou 🥹
saya last year miscarriage and nak dekat sebulan juga baby dah tak bernyawa dalam rahim. tapi doc bagi tempoh 2 minggu untuk tengok sama ada keluar sendiri atau tak. kalau tak keluar terpaksa cuci. orang kata more better keluar sendiri dari kena cuci. so saya ikhtiar seminggu last tu saya makan nenas hari hari untuk bagi dia turun. sebab saya tunggu dia turun sendiri tapi tak turun. alhamdulillah after 2 days makan nenas tu bleeding teruk and miscarriage. awak boleh ikhtiar makan nenas. inshaallah Allah permudahkan. stay strong
Đọc thêmSaya pernah kena cuci sebab dah sebulan lebih janin tak turun sendiri, masa cuci tu doctor bius separuh badan dan alhamdulillah tak rasa sakit pun. Cuma waktu dia masukkan ubat di bawah bagi rahim buka tu saja sakit macam senggugut saja sikit. Jangan takut ok.
Hi awak. Boleh tahu awk cuci di hosp swasta or kerajaan? Kena warded tak?
Saya pernah keguguran anak pertama tahun lepas. Dan malam sebelum janin keluar, saya makan nenas. Tak banyak cuma 2 potong. Mungkin sis boleh cuba makan nenas. In shaa Allah dipermudahkan semuanya. Sabar ya