Perlukan nasihat diet 20w 🥹
nak minta pendapat mommies, sy 20w. macam mana nak control berat dari naik ya? last 2 weeks checkup okay. harini timbang naik 1.3kg. limit sy 200g/week. padahal 2 minggu ni makan sekali sehari je nasi control, snacking yogurt dgn buah, breakfast goreng telur 2 biji tu pun tak hari hari. and sy puasa isnin khamis juga sebab harini kena check gula. lepas checkup tadi sy jadi stress sangat sebab berat naik sedangkan confirm 2 minggu ni sy jaga kononnya nak control takut bacaan gula sangkut. sekali berat yg sangkut. lain lain okay. lagi next 2 weeks checkup lagi sy jadi stress. tak makan takut kesian baby. tadi pun sy skip lunch dulu sebab pagi busy sy online class, tengah hari nak kejar pergi klinik. nurse cakap jantung baby sayu je maybe sebab sy lapar. sy harap dapat pendapat mommies sebab sy terfikir fikir nak checkup lagi 2 minggu macam mana. skip makan ke? puasa hari hari ke atau nak buat apa #adviceappreciated