Anak saya menolak susu nya. Boleh saya tahu anak awak macam tu juga tak? Mcm mna nk atasinya?
Hi mommy!bingung sya skrang ni..ank sya menolak untuk menyusu susu botol..tambah2 lgi susu bdan sya skrang makin berkurang. Ni dah masuk 2 minggu anak sya mcm ni.mlm je sya rase dia ok menyusu..anak puan mcm tu jga tak? Risau perangai die akan macm tu smpai dia besar..macam mna nak atasi benda ni?#firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu #worryasamom #mom
Hi awak..mgkin baby awak tengah dlm fasa nursing strike Situasi bayi mogok menyusu atau dikenali sebagai NURSING STRIKE berbeza dengan keadaan bayi yang putus menyusu atau berhenti menyusu. ➡️ Mogok menyusu adalah keadaan bayi menolak disusukan ketika ibu tidak mengambil apa-apa langkah memberhentikan penyusuan. ➡️ Kebiasaannya, keadaan ini boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari. Tapi kadang kala ada juga situasi yang membuatkan tempoh bayi mogok susu menjangkau sehingga masa seminggu ataupun lebih. ➡️ Bayi yang dalam keadaan mogok menyusu biasanya menolak untuk disusukan secara drastik walaupun sebelumnya menyusu tanpa masalah. ➡️ Bayi akan kelihatan marah atau tidak selesa apabila berada di payudara ibu seperti ada sesuatu yang mengganggu proses penyusuan bayi itu. ➡️ Bagi sesetengah situasi, bayi hanya akan menerima payudara sekiranya berada dalam keadaan mengantuk atau mamai. ➡️ Mogok menyusu mungkin terjadi disebabkan oleh bayi berasa tidak selesa kerana jangkitan telinga, luka di dalam mulut, hidung tersumbat ataupun kerana bayi mula tumbuh gigi dan gusinya berasa tidak selesa. ➡️ Faktor dari ibu juga mungkin menjadi salah satu penyebab bayi mogok menyusu. Situasi di mana ibu menukar bau-bauan seperti minyak wangi, sabun ataupun losyen. Perubahan itu menganggu bayi yang sudah biasa dengan ‘bau’ ibunya. ➡️ Ataupun juga punca dari bayi berasa tidak suka dengan perubahan rasa susu ibu kerana ubatan atau makanan yang diambil oleh ibu-ibu. ➡️ Kadang kala, tiada sebab yang dapat dikenal pasti yang membuatkan bayi mogok menyusu. 💁🏻♀️Tapi ibu-ibu elak berasa tertekan atau kecewa apabila bayi mogok menyusu. 🤱🏻Ibu boleh cuba banyakkan masa bersama bayi dengan melakukan sentuhan skin to skin untuk memujuk bayi kembali menyusu di payudara ibu. 🤱🏻Aktiviti seperti mandi bersama-sama dan berjalan-jalan bersama bayi di dalam sling juga membantu dalam hal bayi mogok menyusu ini. Ibu juga boleh kerapkan beri belaian dan pelukan kepada bayi. ✅ Selagi bayi aktif, sihat dan menunjukkan tanda-tanda cukup susu, ibu tak perlu terlalu risau dengan keadaan bayi yang mogok susu ni. ✅ Bayi akan kembali normal selepas beberapa hari. Teruskan melakukan sesi perahan untuk maintain supply dan demand bayi. ❓Sekiranya masalah mogok menyusu berlaku dalam tempoh yang lama dan ibu tidak dapat kenal pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Đọc thêmusia baby awak? mungkin baby awak dalam fasa nursing strike.
☕