MISSED MISSCARRIAGE
HI, mommy2, saya baru je dapat tahu yang saya ni missed misscarriage, baby stop at 8 weeks, kalau ikutkan skrg dah 11 weeks. Ada tak yang pernah alami? Berapa lama mommy2 ambil masa untuk pregnant semula.. btw ni kandungan pertama. Doakan saya cepat dapat baby semula
Salam sejahtera, Saya turut sedih mendengar tentang pengalaman yang anda alami. Memang sukar untuk melalui kehilangan seperti ini. Saya harap anda kuat dan tabah menghadapinya. Bagi sesetengah ibu, proses untuk hamil semula selepas mengalami missed miscarriage boleh mengambil masa yang berbeza-beza. Ada yang boleh hamil semula seawal 2-3 bulan selepas kejadian tersebut, manakala ada juga yang mengambil masa lebih lama. Penting untuk memberi tubuh anda peluang untuk pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil semula. Ambillah masa untuk bertenang dan pulihkan diri dari segi fizikal dan emosi. Pastikan anda berbincang dengan doktor anda mengenai perancangan untuk hamil semula. Mereka akan dapat memberi nasihat dan sokongan yang diperlukan. Apa pun yang berlaku, saya doakan agar anda diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran ini. Semoga anda akan segera dianugerahkan dengan kehamilan yang sihat dan bahagia pada masa akan datang. Tetaplah positif dan berdoa agar impian anda menjadi kenyataan. Amin. https://invl.io/cll6sd8
Đọc thêmTahun lepas saya ambik masa sebulan selepas keguguran yang pertama tu utk pregnant semula tapi takde rezeki juga sebab kandungan ke-2 pun saya keguguran, mungkin disebabkan rahim saya belum cukup kuat & sihat waktu tu. Then doktor minta saya gap 3 bulan betul2 utk pregnant semula tapi saya tak sambung ttc sebab ada beberapa masalah sikit so tahun ni saya ttc semula, ambik masa dlm 2 bulan utk pregnant semula, alhamdulilah rezeki mengandung kali ke-3. Dgn ujian 2x keguguran tahun lepas buatkan saya muhasabah diri & minta Allah kuatkan diri saya sebab saya salahkan diri sendiri sebab tak dapat jaga kandungan baik2, ramai bagi semangat & kata2 jgn pernah salahkan diri sendiri bila keguguran. Mungkin baby @ chromosome baby tak sihat & tak kuat utk dia hidup. Moga Allah berikan sis pahala asbab dari kesabaran menghadapi ujian keguguran & mudahkan urusan dikurniakan zuriat soleh & solehah 🤲🏻
Đọc thêmpernah alami September tahun lps... masa tu kndgan dh 12w.. doc mmg suruh gap 6bulan tapi saya xpernah plan utk prgnat semua n skrg dh 12w, ikutkan genap 6bulan juga jarak dr miscarriage sblm ni.. syukur.. rezeki Allah, beri zuriat lg... lps ggur tu sy amalkan mkn asid folic setiap hari.. tu je... moga puan pun akan ada pengganti anak syurga..InshaaAllah aamiin
Đọc thêmAlhamdulillah ada rezeki puan. Aamiinnn inshaAllah ❤️
sis. ada tanda2 tak missed misscarriage ni? mcm stop alahan ke apa ke? boleh jadi ke still selalu lapar tp misscarriage? asyik lapar tu tanda baby ade ke ye? risau sbb sy selalu stress, mkn tak menentu. nak pegi scan takde duit lgi hujung2 bulan ni. mkn pon mknn tak sihat sbb nak jimat. sy 10 weeks
Saya takde tanda tanda sebab selagi baby ada, ada je sikit2 alahan tu. Lagipun saya dari awal mmg jenis tk muntah. Lapar tu ye, awal pregnant saya lg kerap lapar. InshaAllah doa doa baik je okay, ada tu rezeki awak.. doktor cakap makanan paling penting sekali, kena jaga makan.
hi sis. sy pon missed miscarriage last year, with no heartbeat. doctor advised untuk sy rehat 6 bulan. sy mula TTC semula from Nov 2023 until now. semoga dipermudahkan urusan kita berdua
Aamiin. Moga Allah beri kita peluang untuk merasa semula. Kita kena kuat 💝
lepas 3bln bru pregnant balik . samala masa 11w baby bru 8w .
Got a bun in the oven