2nd trimester, berat terlebih
mommies semuaa, ada tips tak utk control berat badan. 18w berat terlebih pulak, 2 hari sekali kena check bp di klinik.. penat nak ulang alik. Yg lain xda masalah.. cantikk ja bacaan tapi berat pulak lebih 2kg. rasa macam dah kurang makan tapi mana datang berat berlebihan nie.. #bantujawab
sama laaa. haritu naik 3kg kena ulang alik cek bp 2 hari sekali. lpstu next checkup naik lagi 2 kg, skrg kena cek bp + urine 2 hari sekali. penat sgt. skrg saya langsung tak minum manis dah and makan nasi sehari sekali je. harap2 boleh la turun. tak larat nak ulang alik klinik 😭😭😭😖 dah serik rasanya
Đọc thêmaduh sama lah kita sis. berat naik 2kg. seminggu kena gi check 2 kali 😩 sy kerja shift, jd bila malam tu selalu melantak nasi. jd doc suggest suruh stop makan after 8pm. tp mana boleh sis. lapar sgt sampai nak nangis. jd skrg sy cuba kurangkan makan n minum manis. turun lah sikitt
betul la tuu.. lapar mana boleh bertahan kan.. tp bila naik terlebih.. penat pulak nk ulang alik 😅
sis buang air besar okay tak? kalau saya kadang berat lebih sampai dekat 2kg sebab kurang buang air besar. banyakkan makan sayur, kurangkan gluten atau kalau teruk sangat tak buang air besar saya minum ubat untuk sembelit yang dr bagi Alhamdulillah berat kembali okay😅
boleh beli di farmasi bagtau ubat sembelit untuk ibu mengandung. cecair
normal je.. trimester 2 baby lebih cepat mmbesar jadi berat akan naik mendadak lepastu normal balik dah.. mcm sy naik 4kg seminggu 2x kena check bp.. tp skrg berat dah maintain ok... jgn risau tu tandanya baby mmbesar dgn sihat janji BP,GDM normal😉
sama lerr kita sis.. naik 2.5kg .. tpi hb pulak low .. minum air masak bnyk .. portion mkn pun kna jaga .. saya Smpai kna jumpa pakar pemakanan dah 😅. saya pun 18week ingt nk briskwalk la semula
hb low tu susah .. sy hb oke 12.9 .. boleh ye briskwalk ? x mengah ke 😅😅 sy jalan2 dkt pasar malam pon mengah dah, kaki bengkak esok hari
kalau mcm saya doktor cakap makan je normal kalau berat naik tapi tu la penat nak ulang alik klinik , paling worst pun kena minum air gula 3 kali sepanjang preggy
total spnjng 1st pregnancy naik 23kg mkn mcm2 no gdm tapi tu la minum air gula tu ok cuma malas nk ulang klinik 😅
Sama huhu, entah la tak tahu jugak cemana nak stabilkan balik berat hahaha.