Cirit Birit 17Weeks

Hi mommies, saya dah 17minggu tapi lately ni selalu sakit. Lepas raya haji haritu saya dh start demam sampai suara takde tapi selepas 6 hari dah ok dah. Tapi 2 hari lepas saya baru je pergi emergency masuk zon kuning sebab rasa pedih hulu hati dan perut rasa terbakar. Tak boleh tido malam, muntah2 lepastu cirit birit. Doctor bagitahu ada gastric je. Baby alhamdullilah doctor scan ok je. Tapi lepas je keluar hospital terus badan panas, rasa lemah. Esok bangun pagi segar balik tapi tak lama datang balik rasa tak sihat tu. Ni pun still rasa on off sakit2 tu. Simptom lain selsema, bersin dan rasa mual. Oh ya sebelum saya ke hospital, saya sembelit yang teramat sampai sejam dalam tandas dan tahi warna hitam. Nak tanya benda ni biasa ke untuk mommies yg dh masuk trimester 2? Saya alhamdulillah trimester 1 takde alahan sangat, masuk trimester 2 baru rasa sakit2 macam ni. Maaf kalau rasa tak selesa atau geli dengan soalan saya, saya hanya risau and curious. ##SeriusTanya #bantujawab #ingintahu #ciritbirit #Trimester_2 #First_Baby

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam ibu hamil, Saya memahami kebimbangan dan ketidakselesaan yang ibu hadapi. Cirit-birit memang boleh berlaku semasa kehamilan, terutamanya di trimester kedua. Tindakan terbaik adalah untuk memberitahu doktor mengenai gejala yang ibu alami, termasuk demam, muntah, dan cirit-birit. Sembelit yang teramat dan tahi berwarna hitam sebelum ke hospital adalah perkara yang perlu diambil serius dan juga perlu dilaporkan kepada doktor. Pastikan ibu meminum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi akibat daripada cirit-birit. Ibu juga perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan mudah dicerna. Saya juga mempelawa ibu untuk berjumpa doktor jika gejala tersebut berterusan atau menjadi lebih teruk. Selalu berkomunikasi dengan doktor adalah penting untuk memastikan kesejahteraan ibu dan bayi. Semoga ibu dan bayi sihat selalu. Jaga diri dengan baik. Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan dan jangan ragu untuk mendapatkan bantuan dari doktor jika gejala terus berkekalan. Sumber: - https://parenting.clinic/malaysia/ - https://www.babycenter.com.my/ - https://www.ibudanbalita.com/ https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

saya pernah jgk cirit mse mngdung.asl pg je rse nk cirit.rasenya normal je sis.biase lah tu bile kte mngdung bdn rse letih sangat.saya nasihatkan sis bnyk lah berehat ye .jgn BT kje brt2 .jga kesihatan awak dan bayi.