Isteri benci suami.
Minta tips dari bapa2. Siapa yang pernah alami pengalaman macam saya, apa yg kaum2 bapa buat? Kisahnya: Isteri saya hamil anak pertama. Saya rasa tekanan perasaan sekarang sebab saya perasan isteri saya elak saya. Saya masuk bilik, dia keluar, saya keluar dia masuk bilik. Seboleh boleh nak elak saya. Saya tanya dia, dia jawab sepatah. Karakter isteri yg dulu periang, terus bertukar jadi orang asing. Seolah-olah kehadiran saya ni merimaskan, melemaskan, dan membuat dia nak marah saja. Benci sungguh la dengan suami. Saya cuba nak membantu dia dari pelbagai segi namun hampa, bantuan saya ditolak. Masing2 buat hal masing2. Saya as husband tak kuat menghadapi dugaan ni. Saya sayang isteri saya. Tapi bila dia layan saya macam orang asing tu yang membuatkan saya kecewa sangat2. Saya tahu ini pembawakan budak, tapi saya tak kuat, untuk suami2 yg ad pengalaman macam saya, berapa lama tempoh ini selalunya? Saya tak kuat nak harungi sehingga isteri saya bersalin..