check up pertama?
minta tanya ibu2 yg dah bukak buku merah, boleh tahu first time bukak buku merah apa yg nurse2 check ye?? suami perlu ada ke?? sebab sy dengar suami pun perlu check hiv betul ke??saya 9w ingat minggu depan baru nak scan lepas tu nak call buat appointment.
macam tu ye skrg huhu. tak pasti kena bawa husb ke tak kita tunggu ibu lain comment. saya lama dah tahun 2021. tak kena check hiv pun. first time, buat regular checkup, check urine, hb, berat, tekanan darah, check fizikal kita, cth, breast. nurse akan tanya background sedikit, macam parents ada kencing manis/darah tinggi. dia nak isi details dekat buku tu. pastu jumpa doc kejap utk briefing. saya dah scan dan confirmkan pregnancy di swasta, so tak perlu scan di kk. saya bagi gambar scan dekat doc. dia attach dalam buku saya. lebih kurang macam ni la.
Đọc thêmikut kk mana.. kalau sy diputrajaya ms amik tarikh dia dah senaraikan apa plu bwk. suami pun kna cek saringan hiv jgk. sy bkk buku awl bln hr tu. dlu ms pregnant ank sblm ni thn 2019 pun sama. suami kna dtg jgk cek saringan hiv. ikut kk tmp awk. lain tmp lain prosedur.
Xperlu bawa suami.. Test Hiv utk ibu mengandung je. Cuma bawa kad nikah sbb nk nurse tulis tarikh nikah. Kalau pernah mengandung sebelum ni kena bawa sekali buku pink yg sebelumnya.. Xperlu bawa kad nikah.
takpayah bawak suami pun takpe in case suami nk teman lagi bagus , cuma perlu bawak dokumen yg nurse perlukan je lepastu kena ambik darah semua lepastu settle dahh tapi makan masa jugak la .
Tempat saya suami pun perlu check hiv juga. Nanti awak tanya nurse masa call untuk buat appointment tu ya. Lagi tepat info yang awak dapat. Setiap KK procedure lain lain. Tak pasti kenapa.
Tak tahu tempat lain tapi minggu lepas saya scan dan buka buku, memang husband ada sekali. Nurse ada suruh husband check HIV juga pastu sign buku. Kad kahwin/sijil nikah kena ada.
Setiap kk tak sama awak. Awak kena call kk area awak. Saya pun tak paham knp kk ni lain2 pula sop dia. Padahal duduk bawah 1 kementerian 😅