Kongsi resepi untuk baby 7 bulan (butter chicken)

Mesti semua mcm haa?! Baby makan butter chicken? Its okay, itu biasa sis. Bahan-bahan: Bawang putih 2 biji kecil (hiris) Isi ayam (hiris) Brokoli(potong mcm biasa) Carrot (hiris nipis supaya cepat lembut) Butter (depends ibu bg makan salt sikit boleh guna salted butter,if tak nak then unsalted butter) Susu formula baby 1 sudu kecil - letak butter dalam 3 sudu kecil,tumis bawang putih dulu. Baru masukan ayam.. Masukan air sikit bg basah baru masukan sayur brokoli dan carrot. Dah masak semua baru masukan susu formula milk. Letak air kalau nampak mcm kering sgt. Sebab nanti nak blend semua ni. Boleh rasa kalau sedap ngam! Kalau tawar blh tambah susu sikit. Nanti dah blend rasa sayur tu manis. Blend ikut hancur mana nak ya. Boleh letak dalam bekas kecik dan frozen kan dia. Bubur saya masak asing dan frozen kan. Bila nak makan saya keluar kan masak balik atas api dgn lauk. Boleh tambah air sikit sebab frozen kan. 👍👍 all the best!

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời