Kes puan sama dengan saya. Kerja banyak, tapi badan dah tak larat dan kaki asyik bengkak sebab rumah saya tingkat 4 tak ada lift. Seminggu saya hanya mampu pergi kerja 3 / 4 hari sahaja sebab memang tak boleh bangun, sakit sana sini.
Bila dah masuk 35 minggu, saya nak cuti pun susah sebab pulun siapkan kerja dan serahan tugas sebelum induce pada 38 weeks. Gagahkan diri pergi ofis tapi bila hari yang sakit teruk, terpaksa mohon WFH sebab nak pergi klinik ambik MC pun dah tak larat.
Saya rasa ramai wanita bekerjaya hadapi masalah ni. Mental kena kuat. Ambil supplement untuk bantu tambah nutrisi dan tenaga. In syaa Allah semoga Allah permudahkan semua urusan ibu-ibu bekerjaya macam kita.
Đọc thêm