Bayi 6 bulan 10 hari

Macam mana nak hilangkan batuk berkahak tanpa ubat dan pergi neb? Dah neb beberapa kali tapi takda improvement hmmm ada tak cara lain? 1 lagi, nak bagi anak berak? Dah 2 hari dia tak berak. Hahahahah sebab dah start bagi solid food. Campur pun sayur sahaja mcm brokoli, carrot

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Anak minum susu apa? Kalau susu formula, maksudnya anak awak alah dengan susu tersebut. Perlu tukar ke susu formula yang lain. Masih lagi perlu pantau baby juga. Kalau dada anak berlekuk, terus bawa ke klinik / hospital. Selain itu, awak boleh buat extra effort seperti - Pastikan persekitaran baby bersih daripada habuk - Jangan bagi orang yang tak sihat dekat atau cium baby. Suruh mereka pakai mask - Jauhkan baby daripada perokok dan asap rokok. Kalau perokok nak dekat dengan baby, mandi dan tukar ke baju yang baru. Kalau perokok taknak mandi, tukar baju baru dan cuci tangan Memandangkan anak awak dah mula makan, pemakanan anak harus seimbang. Kena bagi buah juga. Carrot tu awak campur dengan apa? Bubur ke? Kalau ya, ni double carbs. Double carbs berpotensi untuk buat anak sembelit lagi2 bila tak seimbang sebab takde protein dan fibre. Buah yang melawaskan untuk baby - Buah naga - Buah pear - Buah prune - Buah betik Oh ya! Awak boleh buat sup singo pear untuk merawat batuk berkahak anak. Home remedy by baby nutritionist. Selamat mencuba🌹

Đọc thêm

Boleh try singo pear, saya bagi anak alhamdulillah banyak kurang batuk kahak. Berak pun hari hari. Boleh search singo pear nanti dia tunjuk cara masak