Isteri mengemis ke Suami

long short story... - Isteri sebelum kahwin ada tanggungan dgn loan credit. - isteri dah kahwin jadi suri rumah. first mom with first baby. - loan credit isteri masih belum langsai. tanggungan isteri ni akan jadi tanggungan suami jugak ke? suami wajib selesaikan tak? isteri berhak tak tuntut dkt suami? adakah dia termasuk jadi nafkah? #pleasehelp #ingintahu p/s: suami full time Grab kalau boleh minta tolong sharekan link utk refer sbb encik somi ni jenis yg gila kuasa veto dan sedaya upaya akan kaitkan dgn agama.. dan kalau ada utk refer harapnya dari ustaz2/ustazah2/mufti2

14 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

nafkah wajib tempat tinggal, makan 2kali sehari, pakaian 2psg setahun, perubatan, keperluan harian. duit dan lain2 x bagi pon xpe. janji yg nafkah wajib ni dh settle. tapiii isteri boleh mintak upah mengikut kemampuan suami bila mana dia settle kn hal2 rumah mcm masak, kemas rumah, basuh baju, jaga anak. tanggungjawab isteri dua, melayan suami dan melahirkan anak. tapii isteri wajib ikut arahan suami andaikata suami suruh kemas rumah ke masak ke jaga anak ke, so suami kena bagi upah mengikut kemampuan suami lah. yg ni ade dlm ceramah ustaz azhar idrus boleh rujuk dkt youtube. bab loan credit yg awk buat sebelum berkahwin tu, awk yg kena settle kan sbb tu semua urusan sebelum kawin dan bukan tanggungjawab si suami utk selesaikan hutang yg awk buat sebelum berkahwin. cuma sekarang ni awk dah behenti kerja, jadi surirumah sepenuh masa, yg mana mmg xda income fix utk langsaikan hutang awk tu. sebagai seorang suami dia kena bagi awk bekerja utk langsaikan hutang tersebut atau dia kena tolong langsaikan atas budi bicara kalau dia x nak awk bekerja, xkn dia nak biarkan awk berhutang x berbayar sampai ke akhir hayat nanti. sbb hutang wajib dibayar sebelum kita meninggal, x kira hutang dgn manusia ke bank ke ahlong ke ape ke. awk berhenti kerja suami yg suruh ke awk yg suka rela nak berhenti kerja sendiri? bab yg hutang tu kalau awk tuntut dkt mahkamah pon 50-50 awk akn menang andaikata suami dah settle kan nafkah wajib. bergantung dgn kebijaksanaan lawyer yg awk hired utk fight sang suami. sbb kalau x guna lawyer agak susah nak fight kalau yg nafkah wajib suami dh settle kn. utk lawyer awk boleh go for private lawyer, tapi perlukan duit utk hired la. min 5k dlm tgn. atau awk boleh pegi biro guaman gov, free je tapii x janji awk boleh dpt cpt sbb dorg akan tapis dulu kes2 sblm amek sama ada boleh ke x.

Đọc thêm
2y trước

sblm nak jadi surirumah awk kena tanya suami, dia nak ke x byr hutang awk. kalau x nak byr kan dia kena bagi awk bekerja utk settle kn hutang. yg ni byk ceramah dlm youtube bab hutang ni, mybe boleh bagi dkt suami tgok.

Thành viên VIP

mcm sy dlu sblm kwen sy ada loan motor dlm ms yg sm sblm kawen husben sy kata dia nk sy jd suri rumah sepenuh ms tuk stay dkt rumah jaga husben dan anak jika di kurniakan zuriat selepas nikah...dan dlm ms yg sm sblm kwen dlu sy pnh tnya dan diskus jika sy ada hutang motor mcmne sy nk byr ea kalau xbg kje..jd husben sy deal dgn sy..bulan2 dia bg duit belanja rm200 pepndaila sy nk guna utk apa..dgn adanya rm200 tu sy byr duit motor sy bulan2 smpai la abis hutang motor.. alhamdulilah lepas tu settle. kekdg ada ms ada juga tak ckup duit bila husben kena outstation ada cut sikit duit belanja..jd sy amik solution buat kje menjahit dr rumah nk2 sblm kwen sy pnh ambil shortcourse jd ada skills menjahit tuk tmbh pendptan keluarga..jd dptla topup sikit2 byr hutang..kena cri solution mcm apa skills kita ada yg blh buat duit dr rumah ..jnji dpt selesaikan hutang in shaa Allah..pd awal mmg husben xkn bg. tp lm2 nnti dia akan izinkn juga..cuma kena pndai susun jdual kita bkje dlm ms yg sm kena jg anak dan makan pakai husben kena on time siap . mmg penat..tp bila dh biasa smua akn smooth n ok..in shaa Allah .mg dpmudahkan segalanya Allahuma amiin

Đọc thêm

sebenarnya dalam perkahwinan ni xda istilah isteri mengemis ke suami.. mcm saya, saya ada loan kereta sebelum kawin, tapi bila dh bersalin suami minta saya berhenti kerja jaga baby. but sebelum saya nak berhenti kita org bincang dulu kalau saya berhenti sapa nk tlg bayarkan loan kereta sbb sebelum ni saya kerja saya bayar, kalau sya berhenti mmg sya xmampu bayar tapi suami saya setuju untuk bayarkan so saya ikut ja suami minta saya berhenti bekerja.. dalam hal sis ni saya rasa sis kena bincang semula untuk sis kerja semula atau suami tlg bayarkan untuk sis sbb sis berhenti pon setelah disuruh oleh suami. lain la kalau sis mmg rela nk berhenti. apa² pon suami isteri kena selalu berbincang secara baik dan selalu komunikasi.. kita plk sebagai isteri jangan patuh ja semua, kena suarakan pendapat kita juga selagi benda tu boleh bincang kecuali benda tu mmg dh hukum wajib taat la. apa² pon semoga Allah permudahkan urusan sis sekeluarga.

Đọc thêm

-sis hutang sbelum kahwin. credit card dan tanggungan -suami full time grab -suami setuju untuk sis brhenti kerja dan jd surirumah ,time ni suami spatutnya sendiri tahu kalau isteri brhenti siapa nk tolong bayar hutang isteri tu? benda ni 100% kena bincang sampai hangus sbelum buat kputusan. -kena low your expectation kalau nk suruh suami kena rajin disiplin kerja keras sikit semataa nk bayar hutang sis.. cuba tengok blik mungkin dah bayar rumah, bil api air, pampers susu anak dan lain2? tu mmg tanggungjawab dia.. hutang kita personal dri sbelum kahwin ni bukan tanggungjawab dia..xtrmasuk nafkah.. kalau dia nk tolong,atas kemampuan dia, itu ihsan dari suami buat isteri. tolong isteri.. apa2 bincang balik.. kalau memerlukan sis untuk kerja sbb suami xmmpu nk tolong, mmg nk xnk trpaksa kerja kembali..

Đọc thêm
Influencer của TAP

hutang sendiri mmg sendiri kena settle, sis. suami veto ke gila kuasa ke still tak wajib keatas dia utk bayar. kecuali dia yg sanggup & korang berpakat setuju. sy sendiri ada hutang ptptn dekat 50k. tak pernah pun nk mintak suami bayarkan, duit belanja dia bg tu la sy sisih sikit2 utk bayar. hutang ni kita kena bayar & at least ada usaha nk bayar. berat hisabnya kt akhirat nanti perkaitan hutang ni. apa kata sis habiskan pantang 3 bulan lepastu dlm pada ni cari kerja. at least terbayar juga hutang tu walau sikit. kalau suami tak bg kerja dgn alasan siapa nk jaga anak, tak percaya pengasuh; sis ckp balik yg sis nk kerja sbb nk bayar hutang. kalau tak bg kerja, abg nk bayau keee. ckp cmtu kt dia ya. perkahwinan ni 2 hala, kena selalu komunikasi.

Đọc thêm
2y trước

setuju

nafkah yg wajib suami sediakan setelah dia byar mas kawin kpd kita sbg isteri adalah 3 sahaja dlm islam.. ingat ya wahai isteri.. 1. makan minum.. wajib 2× sehari 2. pakaian( 2 pasang setahun lngkp semua dri hujung rambut sampai hujung kaki ) 3. tempat tinggal.. nafkah batin pula bkn pada tmpt tidur shj.. tp kasih syg.. perlindungan.. mengajarkan ilmu agama fardhu ain kpd anak & isteri dan segala kebaikkan.. sy juga ada hutang motor sblm kawin.. tp sy x minta suami byar sbb dia mmang tidak mampu krn terlalu bnyk tanggungan & beban atas dia..

Đọc thêm
2y trước

ya betul tu.. ramai lelaki mcm tu.. memberi perhatian kpd isteri.. menggembirakan hati isteri pun dikira nafkah batin jgk..😁

Aik pelik jugak kalau dari awal suami buat taknak bayar ni. Waktu awk nak jadi surirumah supposedly dia dah aware tanggungjawab dia, apa hutang bini dia. Kalau mcm saya yg suri rumah and ada hutang ptptn jugak ni, husband saya mmg dah aware pasal ni ++ dia tak da pun bising or buat payah sbb dia tau bila dia n wife setuju utk wife stay at home jaga baby, perbelanjaan jadi atas bahu dia semua including saya punya hutang. So husband okay jela. Takdanya dia ungkit, paksa or kecilkan saya.

Đọc thêm
2y trước

benda ni ikut persetujuan bersama sebenarnya. kalau laki dia mampu, takda nya nk berbalah veto apa bagai pasal ni. terus bayar nya. mungkin sbb cukup2 makan la kot yela grab bukan sepanjang masa duit lebat mcm org kerja gaji bulan. kita sbg isteri pun kena faham level kewangan suami lah. rumah, kereta, bil2, belanja dapur tiap bulan kena topap. pampers & baju baby lg. tibe kena tambah hutang bini pulak sedangkan tu bukan komitmen dia, bini yg buat hutang dari belum kahwin

Suami, jika mahu isteri tidak bekerja, dia perlu tahu tanggungan isteri. Jika tidak, dia perlu benarkan isterinya bekerja. Jangan berkata buruk dan mencerca isteri yang tidak bekerja, mereka juga banyak menyumbang dalam perkahwinan. Suami yang baik, dia membayarkan hutang isteri, malah menghulur juga kepada keluarga mertua walaupun tidak wajib. ini je la yg saya jumpa. kalau kata dia mmg suruh awak berhenti kerja atau dia mmg berduit, dia mmg kena tolong bayarkan la. 😅 .

Đọc thêm
2y trước

tak wajib , sbb tuh mmg awak yg berhutang, kecuali kalau dia okay nak bayarkan takpa. kalau ni awak try discuss dgn dia mcm mana, atau awak kerja dari rumah ke apa, at least ada la duit sikit utk bayar.

simple math, sendiri hutang sendiri bayar. Kecuali suami awak halang awak bekerja. Saya pun ada hutang belajar dan saya byr sendiri. Setakat ni hutang bljr saya masih tergantung blm hbs bayar sbb tengah mencari kerja. Suami saya tanggung semua pembiayaan keperluan rumah dan anak. Saya taknak bebankan dia byr hutg bljr saya pulak 😌

Đọc thêm

saya ada loan keta,ptptn...ada guna netflix, pakai coway..pakai unifi ...saya suri rumah jadi semua tu suami bayarkan.. dia keja majlis pebandaran jer...dgar ceramah UAI dia kata sunat suami byarkan

2y trước

saya sebelum kawin hutang keta dan ptptn..saya bayar guna duit nafkah suami bagi bulan2